Topik diikuti
Pergi ke BHkuNajib arah undang-undang tangani fitnah media sosial diperkemas, penguasaan dipertingkat
Premium
Najib arah undang-undang tangani fitnah media sosial diperkemas, penguasaan dipertingkat
Najib arah undang-undang tangani fitnah media sosial diperkemas, penguasaan dipertingkat
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK: Menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh menghalang kemajuan teknologi namun tidak boleh memberikan kebebasan mutlak hingga perkara yang tidak benar menjadi benar. - Foto AFP -
Aug 4, 2015 | 4:17 PM
KUALA KUBU BHARU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memperkemas undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaan bagi menangani penyebaran fitnah melalui media sosial.
Datuk Seri Najib yang juga Presiden Umno berkata sekiranya fitnah dalam media sosial dibiarkan berleluasa, ia akan mengubah paradigma pemikiran rakyat serta mewujudkan trend "perbicaraan melalui media sosial".
