KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan menghadapi ujian paling sukar dalam kerjaya politiknya apabila parlimen bersidang semula minggu depan. Ini dek soalan yang meningkat daripada makin ramai tokoh dalam kerajaan mengenai dakwaan tentang peranannya dalam skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Cengkaman kuat Datuk Seri Najib terhadap Umno telah membolehkan beliau kekal berkuasa, walaupun terdapat kemarahan ramai berhubung dakwaan rasuah dan salah urus syarikat dana pelaburan negara 1MDB itu, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan beliau.