SPH Logo mobile
Langgan|

Najib bayar sebahagian wang ikat jamin

Najib bayar sebahagian wang ikat jamin

Sep 21, 2018 | 1:01 PM

Najib bayar sebahagian wang ikat jamin

KES 1MDB: Mahkamah membenarkan Datuk Seri Najib diikat jamin RM3.5 juta (S$1.2 juta) dengan dua penjamin selepas dihadapkan dengan 25 tuduhan baru berhubung dana 1MDB pada 20 September 2018.
KES 1MDB: Mahkamah membenarkan Datuk Seri Najib diikat jamin RM3.5 juta (S$1.2 juta) dengan dua penjamin selepas dihadapkan dengan 25 tuduhan baru berhubung dana 1MDB pada 20 September 2018. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi (21 September) bagi menjelaskan sebahagian bayaran ikat jamin yang diperintahkan mahkamah terhadapnya.

Beliau tiba di kompleks mahkamah kira-kira 10.55 pagi tadi.

Mahkamah semalam membenarkan Datuk Seri Najib diikat jamin RM3.5 juta (S$1.2 juta) dengan bayaran secara ansuran.

Selepas membayar RM1 juta daripada ikat jamin itu, beliau perlu jelaskan baki RM2.5 juta bayarannya sehingga 28 September ini.

Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, berkata anak Datuk Seri Najib, Mohd Nizar, adalah penjamin beliau.

Datuk Seri Najib semalam menghadapi 25 tuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu. -Berita Harian Malaysia

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg