Topik diikuti
Pergi ke BHkuNajib beri amaran henti cabar kedaulatan Sabah
Premium
Najib beri amaran henti cabar kedaulatan Sabah
Najib beri amaran henti cabar kedaulatan Sabah
MERASMIKAN PANGKALAN: Datuk Seri Najib di Majlis Pecah Tanah Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter Lahad Datu di Lapangan Terbang Lahad Datu, Sabah. Turut hadir Menteri Pertahanan. - Foto NSTP -
May 29, 2016 | 5:30 AM
LAHAD DATU: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberi amaran kepada pihak luar supaya berhenti mencabar kedaulatan Sabah dengan menegaskan negeri itu sudah merdeka dalam Malaysia sejak 1963.
Menganggap tuntutan pihak luar ke atas Sabah sebagai bukan isu, Datuk Najib berkata status Sabah dalam Malaysia sudah diputuskan pada 1963 menerusi pungutan suara dan Suruhanjaya Cobbold yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor laman Berita Harian Malaysia (BHM).
