Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib buat permohonan cabar keputusan tidak benar hadir sidang Parlimen

Oct 07, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Encik Najib Tun Razak kelmarin memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu.



Encik Najib yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 tengah hari melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co.



Dalam permohonannya, bekas perdana menteri itu yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara sebagai responden.



Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, pada 12 Oktober ini.



Melalui notis permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon antaranya perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya untuk mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan parlimennya.



Encik Najib, 69 tahun, juga memohon perintah sama untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkan hadir pada persidangan Dewan Rakyat.



Turut dipohon, perintah mandamus supaya responden mengambil semua langkah perlu untuk membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat pada tarikh yang sudah ditetapkan serta relif, perintah dan lain-lain arahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.



Dalam afidavit sokongannya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata pada 28 September lalu, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara melalui Penjara Kajang menyampaikan keputusan menolak permohonannya untuk menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.



Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mantan presiden Umno berkata beliau mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri pada 30 September lalu dan oleh kerana sidang bermula pada 3 Oktober lalu, beliau memohon supaya keputusan dipercepatkan.



Oleh kerana tiada sebarang jawapan, Encik Najib berkata beliau memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman ini.



Katanya, berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan dari segi Perlembagaan untuk melaksanakan tugas dengan efektif sebagai Ahli Parlimen bagi Parlimen Pekan.



Sementara itu, semasa perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Encik Najib kelmarin, peguambela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, telah mempertahankan kenyataannya pada Isnin lalu berhubung dakwaan pihak pendakwa raya tidak mendedahkan maklumat transaksi derma dari Arab Saudi kepada Encik Najib.



Tan Sri Muhammad Shafee yang memohon maaf kepada Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Mahkamah Tinggi jika kenyataan itu disalah erti, bagaimanapun menyatakan akan terus mengeluarkan kenyataan jika perlu berbuat demikian.



Beliau berkata kenyataan media berkenaan bertujuan menjelaskan pada ketika itu butiran transaksi terbabit tidak diserahkan oleh pendakwaan dan pihaknya memperoleh bukti berdasarkan siasatan sendiri.



"Saya meminta maaf tetapi apa yang disampaikan itu adalah tepat, tidak timbul isu menokok tambah.



"Ini adalah jawapan kepada media yang bertanya sama ada dua transaksi dari Arab Saudi pada 23 Februari dan 13 Jun 2011 adalah betul.



"Jika ada keperluan untuk saya membuat kenyataan kecuali dihalang kerana menghina mahkamah, saya akan berhubung dengan pihak media untuk memberikan penjelasan," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >