Najib cari isteri kaum Iban: Adenan minta maaf, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Najib cari isteri kaum Iban: Adenan minta maaf

Mar 15, 2016 | 04:30 PM

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, memohon maaf jika gurauannya supaya Perdana Menteri mencari seorang isteri daripada kalangan kaum Iban menyinggung mana-mana pihak.

Tan Sri Adenan berkata, saranannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu hanyalah satu jenaka dan dibuat mengikut cara berseloroh.

"Malah Perdana Menteri sendiri ketawa. Beliau tahu ia adalah jenaka.

"Tetapi jika ada orang yang tersinggung dengan itu, saya minta maaf dan saya mengemukakan permohonan maaf saya," katanya di sini hari ini.

Ketika berucap pada majlis pelancaran Program Malaysia Inklusif Negara Digital (Minda) di Kuching, Sabtu, Tan Sri Adenan secara berseloroh berkata Datuk Seri Najib perlu mencari isteri di kalangan orang Iban.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bercakap demikian dalam bahasa Iban dan Sarawak, ketua menteri memuji Datuk Seri Najib kerana kerap membuat lawatan ke negeri ini dan berseloroh:

"Terima kasih, semua pelusuk Sarawak beliau telah pergi. Satu perkara yang belum lagi ialah beliau belum boleh bercakap bahasa Iban.

"Beliau boleh bercakap bahasa Malaysia, Inggeris tetapi tidak Iban. Saya nasihatkan beliau, jika beliau mahu cari isteri baharu, pergi dapatkan orang Iban. Saya hanya bergurau, sekadar gurauan." - mStar Online

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map