Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib: Dasar luar M'sia kini berasas kerjasama, bukan pertikaian

Aug 18, 2016 | 01:00 PM



PUTRAJAYA: Dasar luar Malaysia di bawah kerajaan sekarang berasaskan kerjasama dan bukan pertikaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Khamis (18 Ogos).



Datuk Seri Najib berkata jika sebelum ini negara itu mempunyai seorang pemimpin yang mengambil sikap konfrontasi mengenai dasar luar, beliau memilih jalan berbeza.



Beliau percaya dasar luar Malaysia harus mengenai membina perkongsian yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat, katanya.



"Tiada lagi berkeras mengenai membangkitkan pertengkaran lama atau mencanangkan guris lama yang semua orang telah lupa.



"Sebaliknya, saya memutuskan bahawa kepentingan negara perlu sentiasa datang sebelum kepentingan politik peribadi," katanya semasa majlis perasmian Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran dan Pengurusan Awam (Capam).



Datuk Seri Najib berkata pendekatan itu telah melihat manfaat, termasuk menyelesaikan "isu-isu warisan" dengan Singapura.



Dengan Filipina, Malaysia memudahkan rundingan untuk menyelesaikan pemberontakan paling lama di Asia.



Hubungan Malaysia dengan rakan-rakannya di seluruh benua tidak pernah begitu hangat seperti sekarang dan hubungan ini telah membuahkan hasil ketara, katanya.



"Dagangan Malaysia dan China berkembang lebih 10 peratus setahun. Kami juga merupakan penandatangan Perkongsian Rentas Pasifik di mana kita menyertai di bawah syarat kita sendiri tanpa mengorbankan kepentingan negara," ujar beliau.



Datuk Seri Najib berkata walaupun Malaysia tidak akan mengambil pendekatan bermusuhan, ia tidak akan mengorbankan maruah diri dan proses demokrasi untuk memuaskan negara lain. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >