Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib dibidas bawa anak tiri dalam lawatan rasmi ke China

Nov 02, 2016 | 08:21 AM



KUALA LUMPUR: Pembangkang dan pengguna Twitter Malaysia membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas gambar menunjukkan beliau diiringi anak tirinya, yang pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata terlibat dalam penyelewengan dana besar-besaran, dalam lawatan rasminya ke China.



Dalam gambar di Twitter, Encik Riza Aziz dilihat keluar bersama Datuk Seri Najib dari pesawat rasmi delegasi beliau selepas ia tiba di Beijing pada Isnin (31 Okt).



Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika berkata dalam tindakan undang-undang yang difailkan pada Julai bahawa lebih AS$200 juta ($278 juta) disalurkan kepada Encik Riza daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Encik Riza anak isteri Datuk Seri Najib, Datik Seri Rosmah Mansor, daripada perkahwinan awalnya.



1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Singapura, di tengah-tengah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib serta saudara-mara dan rakan-rakannya menyeleweng berbilion dolar daripada syarikat itu.



DOJ berkata Encik Riza menggunakan wang yang disalurkan itu untuk membeli hartanah mewah dan membiayai syarikat filemnya, Red Granite Gambar.



Anggota Parlimen pembangkang Rafizi Ramli dipetik pada Selasa (1 Nov) sebagai berkata di Parlimen: "Bukan sahaja kita perlu menanggung (kos) jet mahal tetapi kini, beliau membawa anak tirinya, yang seluruh dunia sedang cari berhubung wang 1MDB.



"Riza tidak boleh diberi layanan istimewa... Dia harus ditangkap dan disoal."



Media Malaysia memetik seorang jurucakap Datin Seri Rosmah mempertahan kehadiran Encik Riza, dengan mengatakan China menjemput seluruh ahli keluarga Datuk Seri Najib.



Tetapi pengguna Twitter membidas mereka. "FBI, cepat! Pergi tangkap dia," kata satu pos Twitter.



Satu lagi berkata: "Mengaibkan dan keterlaluan. Tidakkah keluarga Najib berasa malu pada diri mereka sendiri?"



Dokumen yang difail DOJ berulang kali menyebut 'Pegawai Malaysia 1', atau MO1, terlibat dalam menyeleweng dana 1MDB. Menteri Kabinet Abdul Rahman Dahlan telah mengakui MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib, sambil menekankan Perdana Menteri itu tidak disasarkan dalam tindakan undang-undang Amerika.



Datuk Seri Najib dan 1MDB telah menafikan sebarang salah laku. Tiada waran tangkap diketahui dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika dalam kes itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >