Topik diikuti
Pergi ke BHkuNajib dijangka dikena tiga tuduhan tambahan babit pengubahan wang haram
Aug 8, 2018 | 5:30 AM
Najib dijangka dikena tiga tuduhan tambahan babit pengubahan wang haram
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka didakwa dengan tiga lagi tuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen hari ini, kali ini membabitkan kesalahan pengubahan wang haram.
Tiga tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001, menurut laporan dalam talian Berita Harian Malaysia semalam.