Topic followed successfully
Go to BHkuNajib diminta pulang tangani krisis banjir
Premium
Najib diminta pulang tangani krisis banjir
Dec 27, 2014 | 5:30 AM
Najib diminta pulang tangani krisis banjir
VIRAL DI MEDIA SOSIAL: Walau Datuk Seri Najib (kanan) sempat bermain golf bersama Presiden Barack Obama semasa bercuti di Hawaii, beliau tetap ambil tahu mengenai bencana banjir di negaranya dengan menerima laporan maklumat terkini mengenai bencana tersebut oleh Majlis Keselamatan Negara. - Foto AFP -
KUALA LUMPUR: Akhbar The Washington Post melaporkan mengenai kegiatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, di Kanehoe Bay, Hawaii, sehingga menjadi viral di Malaysia.
Berita itu yang tersebar secara meluas di laman media sosial terutama Facebook dan Twitter menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk ada yang mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri bermain golf ketika beberapa negeri terutama di Pantai Timur sedang terjejas teruk akibat bencana banjir yang terburuk.

