Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib dinamakan calon Parlimen Pekan

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi Parlimen Pekan di Pahang akan mengembalikan kerusi itu kepada Encik Najib Tun Razak jika beliau mendapat pengampunan diraja.



Demikian dikatakan Timbalan Ketua Bahagian Pekan Umno, Encik Zamri Ramly, yang turut menyatakan bahawa anak Encik Najib tidak akan bertanding di kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Encik Zamri berkata bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan akan dinamakan sebagai salah satu daripada lima calon BN yang berpotensi bertanding di kerusi Pekan.



Encik Najib, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan rasuah yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah menjadi Anggota Parlimen (AP) Pekan sejak 1976, kecuali pada penggal 1982-1986 tatkala beliau menjadi Menteri Besar Pahang.



Beliau merupakan penyandang jawatan AP Pekan sementara menunggu keputusan permohonannya untuk mendapat pengampunan diraja.



"Tiada rancangan bagi anak-anak Najib bertanding kerusi parlimen walaupun jika Najib tidak layak bertanding," ujar Encik Zamri.



Sebelum ini, dilaporkan anak sulung Encik Najib, Datuk Mohd Nizar Najib, 44 tahun, menjadi calon berpotensi bagi kerusi itu.



Datuk Nizar telah lama dipersiapkan untuk menjadi pengganti bapanya dalam politik.



Beliau kini merupakan Ketua Pemuda Umno Bahagian di Pekan.



Sebaliknya, Encik Zamri berkata Encik Nizar, dijangka bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan parlimen itu.



Terdapat empat kerusi DUN di bawah parlimen Pekan - Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.



Kerusi Pekan telah dipegang keluarga Encik Najib sejak 1959.



Bapanya, perdana menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, memegang kerusi parlimen Pekan dari 1959 hingga kematiannya pada 1976.



Encik Najib, ketika itu baru berusia 23 tahun, menceburi bidang politik secara tiba-tiba ekoran kematian mengejut bapanya dan menjadi AP Pekan pada tahun yang sama, memegang kerusi itu sehingga hari ini. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >