Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib adalah 'Malaysian Official 1'

Sep 1, 2016 | 3:06 PM
DEDAH IDENTITI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai " 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas individu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto mSTAR ONLINE
DEDAH IDENTITI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan, mengesahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai " 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ke atas individu berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto mSTAR ONLINE -

PETALING JAYA: Identiti 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hal ini disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan, sewaktu diwawancara oleh badan penyiaran British Broadcasting Corporation (BBC) baru-baru ini

Datuk Abdul Rahman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu secara jelas menyatakan:

"Saya telah menyatakannya secara terbuka. Jelas sekali jika anda membaca dokumen-dokumen, ia adalah perdana menteri," katanya yang ditukil BBC dalam sebuah laporan yang bertajuk 'Who is Malaysian Official 1? Case Closed' yang disiarkan di laman webnya, Khamis.

Bagaimanapun, Datuk Abdul Rahman mencadangkan agar Datuk Seri Najib tidak dinamakan dalam laporan DOJ itu kerana beliau tidak terlibat dalam siasatan.

"Tetapi saya juga menyatakan bahawa, mengapa DOJ tidak menamakan beliau dengan nama betulnya? Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada penyiasatan ini.

"Ada orang lain yang dinamakan... dan Jabatan Kehakiman akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," kata beliau lagi.

Jabatan Kehakiman Amerika atau DOJ telah memfailkan saman sivil pada Julai tahun ini, untuk merampas aset di Amerika Syarikat yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dari 1MDB yang disalahgunakan.

1MDB adalah cabang pelaburan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2009. - mStar Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg