Topik diikuti
Pergi ke BHkuNajib disiasat berkaitan pemasangan panel tenaga di Sarawak

Nov 19, 2018 | 12:29 PM
Najib disiasat berkaitan pemasangan panel tenaga di Sarawak
BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini (19 Nov) bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pemasangan panel tenaga solar di sekolah di Sarawak.
Beliau hadir di SPRM pada 9.22 pagi, menurut laporan The Star.
Datuk Seri Najib menghadap hampir 40 tuduhan berkaitan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.