Topik diikuti
Pergi ke BHkuNajib disoal SPRM tentang projek $411j di Sarawak

Nov 9, 2018 | 5:30 AM
Najib disoal SPRM tentang projek $411j di Sarawak
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan masa kira-kira empat jam semalam memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tuduhan yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen bahawa bekas perdana menteri itu menerima rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor untuk projek.
Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada kira-kira 1.50 petang dalam sebuah kereta Proton Perdana yang dikawal oleh dua kenderaan lain, lapor akhbar New Straits Times (NST) dalam talian semalam.