Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib ditempatkan dalam sel penjara, makan makanan banduan: Sumber

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, ditempatkan dalam sel pengasingan bagi memastikan keselamatannya.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, satu sumber berkata walaupun Datuk Najib berstatus orang kenamaan, beliau tidak mendapat layanan istimewa sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu seperti banduan lain, yang tertakluk di bawah peraturan penjara.



Beliau ditempatkan dalam sel pengasingan khas bagi banduan yang dikawal ketat. Sumber juga berkata beliau hanya menerima makanan penjara yang sama seperti dimakan banduan lain.



Sumber itu menambah bahawa sel Datuk Najib juga tidak mempunyai kemudahan mengecas telefon atau tandas bersambung.



Satu-satunya perbezaan bagi Datuk Najib ialah beliau dibenarkan menikmati makanannya di bawah kipas siling kerana mempunyai masalah semput.



Sel pengasingan itu dilengkapi kemudahan yang sama seperti sel khas bagi banduan memerlukan penjagaan keselamatan tahap tinggi.



Sebelum ini, Jabatan Penjara Malaysia menolak dakwaan yang tular di media sosial kononnya Datuk Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara, sebalik dalam sebuah rumah pegawai dalam Penjara Kajang.



Jabatan itu dalam kenyataan di Facebook kelmarin menafikan perkara itu dan menyatakan dakwaan tersebut palsu dan tidak sahih.



"Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya," kata jabatan itu.



Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar yang dipercayai satu perbualan di WhatsApp yang mendakwa Datuk Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara di Penjara Kajang.



Menurut tangkap layar itu, yang turut tular di Facebook, Datuk Najib ditempatkan di sebuah rumah pegawai kanan Penjara Kajang yang terletak dalam kawasan penjara.



"Datuk Seri Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang, maklumkan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.



"Rumah berkenaan adalah untuk pegawai senior penjara," tertera di mesej berkenaan.



Sebelum ini juga timbul dakwaan bahawa nama Datuk Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia dan hal itu juga ditularkan di media sosial.



Datuk Najib dihukum penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ($65.5 juta) beliau bagi kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilanda skandal kewangan.



Beliau telah memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja dan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >