Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Najib gagal dapat izin mahkamah semak hukuman

Apr 01, 2023 | 05:30 AM



HANYA laungan 'Bossku' oleh penyokong Encik Najib Tun Razak mengiringi mantan perdana menteri itu sebelum diiringi keluar menggunakan kenderaan Jabatan Penjara Malaysia, selepas gagal dalam permohonan mendapat kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenakan hukuman di penjara Kajang selama 12 tahun.



Puluhan penyokong Encik Najib yang berkumpul di luar Istana Kehakiman sejak jam 7 pagi Jumaat menyambut keputusan Mahkamah Persekutuan dengan linangan air mata dan kecewa tetapi tetap berdoa terhadap kesejahteraan pemimpin yang mereka sayangi itu.



Encik Najib, yang memakai sut berwarna hitam dan bertali leher, sempat melambai tangan kepada penyokongnya semasa diiring keluar dari Mahligai Keadilan bagi menyambung hukuman penjaranya.



Peguam utama Encik Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menegaskan keputusan mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ($63.3 juta) bukan satu pengakhiran bagi anak guamnya.



Menurutnya, penghakiman oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, yang memihak kepada anak guam beliau akan membuka satu lagi jalan dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapi Encik Najib.



"Ini bukan penamat, mungkin akan ada lagi prosiding mahkamah berikutan daripada penghakiman minoriti. Ada kes di mana semakan bukan sahaja dilakukan sekali, selagi ada asas untuk semakan baru, ia boleh dilakukan," katanya kepada media di luar mahkamah.



Bagaimanapun, Tan Sri Muhammad Shafee enggan mengesahkan sama ada pihaknya akan mengemukakan permohonan semakan kedua.



Pendakwa Raya ad hoc, Datuk V Sithambaram, pula menegaskan Encik Najib sudah menggunakan semua saluran dalam usahanya membuat rayuan terhadap kes rasuah SRC International, dan keputusan hari ini akan membawa penutupan kepada kes itu.



Menurutnya, keputusan tersebut juga adalah satu pewajaran bahawa pertuduhan terhadap Encik Najib adalah sah dari segi undang-undang dan bukan pertuduhan politik.



"Kepada anggota politik dan pesalah lain yang berkemungkinan, pendakwaan ini menunjukkan bahawa tiada siapa di negara ini berada di atas undang-undang. Pendakwaan yang berjaya ini mesti memberi mesej kepada semua, yang mereka tidak boleh terlepas daripada undang-undang," katanya kepada media.



Mahkamah Persekutuan pada Jumaat dengan keputusan 4-1 menolak permohonan Datuk Seri Najib mendapat kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini, yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.



Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan, serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais, menolak permohonan itu, manakala Datuk Abdul Rahman, yang mempengerusikan panel itu, memihak kepada Encik Najib.



Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon, yang membacakan keputusan majoriti mahkamah itu mendapati tiada kesilapan dalam keadilan semasa pendengaran rayuan Encik Najib dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel lima hakim pada tahun lepas.



Menurutnya, hak Encik Najib untuk mendapat perbicaraan yang adil tidak pernah dinafikan semasa pendengaran rayuan terbabit.



Menurut penghakiman itu, peguam Encik Najib semasa itu enggan membuat penghujahan lisan walaupun dibenarkan berbuat demikian oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun, yang mempengerusikan panel hakim yang akhirnya menolak rayuan akhir berkenaan.



Peguam bela, Tuan Hisyam Teh Poh Teik, yang dilantik Encik Najib semasa itu yang tidak mengemukakan penghujahan lisan walau diminta berbuat demikian semasa pendengaran rayuan akhir kes berkenaan.



Encik Najib kelihatan tenang semasa keputusan dibacakan oleh hakim tersebut. Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, mengenakan baju kurung hijau turut hadir bagi memberi sokongan moral kepada suaminya.



Sementara itu, Datuk Abdul Rahman, yang membuat penghakiman menentang daripada keputusan majoriti, mendapati mahkamah semasa itu tidak membenarkan permohonan untuk menangguhkan pendengaran rayuan tersebut meskipun diberitahu oleh Tuan Hisyam bahawa beliau tidak bersedia untuk berhujah dalam rayuan itu yang mengandungi 30,000 dokumen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >