Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib gesa Umno berubah

Jun 30, 2018 | 02:44 PM



PEKAN: Mantan presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau juga boleh disalahkan bagi kegagalan parti itu di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).



Datuk Seri Najib berkata beliau telah mengambil tanggungjawab bagi kegagalan parti itu dan telah pun meletak jawatan sebagai presiden Umno meskipun terdapat kelemahan di setiap peringkat parti itu.



“Kini masanya untuk berubah. Kami harus memilih pemimpin terbaik untuk parti ini sekarang.



“Kami harus mengubah nilai, sikap dan pendekatan kami agar dihormati rakyat lagi,” katanya.



Ahli Parlimen Pekan itu turut menggesa anggota parti untuk kembali ke asas perjuangan Umno yang memerlukan mereka membuat pengorbanan dan sentiasa bersikap rendah hati.



Datuk Seri Najib juga berkata politik wang tidak harus diamalkan lagi jika parti itu ingin berubah.



“Kami tahu zaman kegemilangan kami sudah berakhir. Kami kalah dalam pilihan raya umum walaupun kami membelanjakan begitu banyak sekali wang.



“Ada yang merajuk apabila tidak diberi peruntukan wang... dan ada juga yang menerimanya tetapi berkata mereka tak terima.



“Ada juga calon yang menerima peruntukan wang tetapi tidak membelanjakannya. Bagaimana nak menang kalau begitu sikapnya?” kata Datuk Seri Najib.



Beliau turut menyalahkan Pakatan Harapan (PH) kerana membuat janji palsu.



Tambahnya, kegagalan kerajaan PH mengotakan janji seperti menurunkan harga minyak dan memberi sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (EPF) sebanyak 2 peratus kepada suri rumah membuktikan bahawa warga Malaysia telah ditipu.



“Saya tak percaya rakyat termakan helah itu. Saya kecewa bukan kerana agenda kami tidak baik tetapi kami kalah kerana janji palsu itu,” ujarnya.



Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan langkah membekukan akaun Umno dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)..



“Umno tidak bersalah. Jika ada mana-mana individu yang bersalah, ambil tindakan terhadap mereka dan bukan pada parti.



“Umno juga harus beroperasi. Kami ada tanggungjawab dan tugas. Kami perlu mengendali divisyen kami,” katanya di pembukaan mesyuarat Umno Pekan hari ini (30 Jun). – The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >