Najib, Irwan hadapi enam tuduhan pecah amanah dana 1MDB lebih $2b
Premium
Najib, Irwan hadapi enam tuduhan pecah amanah dana 1MDB lebih $2b
Peguam bela kata dakwaan ke atas bekas perdana menteri dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan negara "tidak berasas sama sekali"
perdana menteri malaysiaDatuk Seri Najib Razakketua setiausaha perbendaharaan negaraTuduhanpecah amanahskandaldana kerajaan1Malaysia Development Bhd
Oct 26, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, mengaku tidak bersalah semalam terhadap enam pertuduhan pecah amanah berkaitan skandal dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mereka didakwa secara bersama melakukan enam perbuatan pecah amanah (CBT) membabitkan dana kerajaan bernilai kira-kira RM6.6 bilion ($2.19 bilion), lapor akhbar The Straits Times dalam talian.

