Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib kemuka petisyen pengampunan; status AP kekal

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Status bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Ahli Parlimen Pekan, kekal buat masa ini.



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia berikutan tindakan Datuk Seri Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, mengemukakan petisyen pengampunan pada Jumaat lalu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) semalam.



Menurut undang-undang, mantan presiden Umno itu akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan (Pahang) secara automatik selepas 14 hari, bermula 24 Ogos lalu sekiranya tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh ini.



Langkah ini selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.



Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($65.75 juta) yang dikenakan ke atas Datuk Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta ($13.15 juta) milik SRC International Sdn Bhd.



Sementara itu, Datuk Najib hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta semalam untuk meneruskan perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion ($720 juta) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.



Ini setelah bekas perdana menteri itu diletakkan dalam pemerhatian selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kelmarin.



Datuk Najib memakai sut warna gelap diiringi pegawai penjara memasuki bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.



Turut berada di mahkamah semalam adalah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor - yang kini dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.



Atas kesalahannya itu, Datin Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan - yang kesemuanya dibenarkan berjalan serentak - denda RM970 juta ($300 juta).



Perbicaraan 1MDB semalam mendengar keterangan bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan ketika itu, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, yang disoal balas oleh peguamnya.



Datuk Najib, 69 tahun, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >