Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib lantik Lim Kok Wing sebagai penyelaras awam baru

May 22, 2015 | 04:41 PM



KUALA LUMPUR: Perunding pengiklanan terkenal, Tan Sri Lim Kok Wing, yang bertanggungjawab ke atas kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai penyelaras kempen awam baru Datuk Seri Najib Razak dalam menepis serangan pelbagai pihak bagi memenangi hati rakyat serta meningkatkan semula sokongan terhadapnya yang semakin merosot.


Tan Sri Lim sebelum ini pernah menjadi orang penting ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bagaimanapun mantan perdana menteri itu lantang mengkritik pentadbiran Datuk Najib pada ketika ini.


Difahamkan Tan Sri Lim, yang dilantik sebagai "penyelaras program khas", sudah menyiapkan rancangan agar Datuk Najib jelajah ke seluruh negara bagi mengumpulkan sokongan dan mendengar aduan rakyat, lapor Malaysian Insider hari ini.


Tan Sri Lim yang juga pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing akan melaporkan terus kepada pejabat perdana menteri.


Tan Sri Lim, 69 tahun, yang menubuhkan agensi pengiklanan tempatan pertama Malaysia terlibat dalam kempen pilihan raya hampir empat dekad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >