Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib lapor polis ada pihak sembunyi bukti kes 1MDB

Nov 27, 2021 | 04:38 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu (27 November) membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwa sengaja menyembunyikan bukti material berkaitan transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International (SRC) ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan bekas Perdana Menteri Malaysia itu mendakwa, beliau dan barisan peguamnya tidak mengetahui terdapat transaksi pemulangan dana RM65 juta ($21 juta) dana berkaitan 1MDB diambil balik dari Singapura dan disimpan syarikat milik suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).



Beliau turut mendakwa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC dihadapinya juga menerima lebih RM85 juta dana dikaitkan secara langsung dengan 1MDB.



“Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami kepada bekas Gabenor BNM adalah mengejutkan.



“Media turut melaporkan sebanyak RM700 juta dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas gabenor BNM itu sejak tahun 2007 sehingga tahun 2013,” katanya kepada media.



Terdahulu, kenderaan membawa Najib tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 11.50 pagi dengan diiringi kenderaan polis pengiring.



Najib berkata, beliau turut kecewa dengan pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, dua hari lalu, bahawa beliau menyedari transaksi sedemikian ketika memegang jawatan itu.



“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pula pada jawapannya di Parlimen, Isnin lalu berkata polis dan pihak berkuasa hanya tahu dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan syarikat milik suami bekas Gabenor BNM, pada 2019, kini sudah hampir penghujung 2021.



“Maklumat sedemikian tidak pernah dimaklumkan kepada saya dan pasukan undang-undang saya untuk digunakan dalam pembelaan saya di mahkamah walaupun maklumat itu menjadi bahan kepada pembelaan dalam kedua-dua kes SRC dan 1MDB saya,” katanya.



Minggu lalu, SPRM mendedahkan mereka berjaya mendapatkan semula aset dan dana dikaitkan dengan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion. Ini termasuk pemulangan aset bernilai AS$15.4 juta membabitkan akaun Cutting Edge Industries LTD milik Tawfiq Ayman dan Samuel Goh. – BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >