Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib pertahan kerjasama dengan Anwar

Oct 28, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangannya agar parti Umno bekerjasama dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyatakan bahawa Umno kini mempunyai kuasa federal kerana kesediaannya untuk bekerjasama dengan bekas pesaingnya, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Dalam catatan Facebook pertamanya semalam dan sejak mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi, beliau berkata kerjasama dengan Datuk Anwar tetapi tanpa Parti Tindakan Demokratik (DAP) sehingga pilihan raya umum ke-15 adalah salah satu daripada tiga cadangan yang dibawanya ke mesyuarat itu.



Datuk Najib menegaskan bahawa ini hanyalah cadangan yang dikemukakannya untuk dibincangkan dalam pertemuan itu dan bukan keputusan muktamad.



Dua cadangan lain yang dikemukakannya adalah untuk mendapatkan persetujuan agar pilihan raya umum diadakan pada tarikh yang tetap pada masa akan datang setelah keadaan Covid-19 terkawal untuk mengembalikan kestabilan politik, serta cadangan agar Umno terus bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dengan syarat Umno diberi peranan lebih besar dalam kerajaan untuk menentukan hala tuju ekonomi negara.



Mengulas, Datuk Anwar berkata PKR bersedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan dapat meningkatkan nilai politik.



"PKR akan meneruskan agenda reformasi yang berpusat pada prinsip keadilan dan kesejahteraan Malaysia.



"Kami bersedia bekerja dengan mana-mana ahli politik yang berhasrat untuk sistem yang bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan meningkatkan nilai-nilai politik," kata beliau, dalam satu kenyataan.



Beliau menambah bahawa setiap usaha untuk "mengembalikan mandat rakyat haruslah dipusatkan pada tumpuan untuk mempertahankan martabat bangsa tanpa mengorbankan prinsip perjuangan dan idealisme".



Beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja-raja Melayu kerana 'menyelamatkan' Malaysia dari keadaan darurat.



Sementara itu, Datuk Najib menyangkal dakwaan bahawa beliau ingin Umno bekerjasama dengan Datuk Anwar agar dapat dibebaskan daripada kes jenayahnya di mahkamah atau tuduhan bahawa dia gila kuasa.



Beliau, yang juga Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN), berkata bahawa syarat kerjasama dengan Anwar tidak akan membabitkan DAP.



Menurutnya lagi, ketiga-tiga cadangan beliau adalah berdasarkan kepentingan parti dan kebaikan negara, yang tunjangnya adalah rakyat.



"Kalau saya tidak pedulikan rakyat, sudah tentu saya tidak akan menulis saranan-saranan demi kepentingan rakyat.



"Pendapat saya bahawa kita perlu terbuka untuk berbincang dengan parti-parti lain juga adalah sebagai pendirian politik kepada PN bahawa Umno masih ada pilihan lain. Perlu diingatkan Umno adalah sebuah parti politik.



"Jika dulu Umno tak terbuka, tak wujudlah Muafakat Nasional dengan PAS dan kerajaan PN dengan PPBM yang merupakan musuh kita selewat bulan Februari 2020," ujarnya dengan terperinci.



Datuk Najib bagaimanapun menekankan bahawa sebagai ahli parti, beliau menerima keputusan yang dibuat Umno.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >