Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Najib PM Malaysia pertama yang dipenjara

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya dalam catatan sejarah Malaysia, Najib Tun Razak menjadi bekas perdana menteri pertama dipenjarakan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta ($13 juta).



Keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib sekali gus menyaksikan perdana menteri keenam itu kecundang dalam rayuan akhirnya di peringkat tertinggi setelah empat tahun kes itu berlangsung.



Namun, Najib masih boleh mengemukakan rayuan bagi mendapatkan pengampunan diraja atau memfailkan semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.



Peguam Kanan, Encik Hasif Hassan, berpandangan rayuan untuk memperoleh pengampunan diraja boleh dibuat berdasarkan merit atau jasa Najib selaku bekas Perdana Menteri kepada negara.



Meskipun proses itu memerlukan masa, beliau berkata terdapat ruang untuk Najib berbuat demikian supaya kesalahan Ahli Parlimen Pekan itu dapat diampun, sekali gus dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.



"Saya berpandangan, Datuk Seri Najib diberi pengampunan diraja, itu lebih bermerit.



"Maksudnya, Datuk Seri Najib berjasa kepada negara, bekas Perdana Menteri, beliau membangunkan negara, pernah menjadi Menteri Besar Pahang termuda...banyak benda yang mungkin beliau lakukan kepada negara.



"Datuk Seri Najib boleh cuba mendapatkan pengampunan terus...tiada kesalahan, maka beliau mungkin boleh bertanding (PRU-15). Itu yang saya nampak, pengampunan terhadap hukuman dikenakan terhadap beliau," katanya kepada Berita Harian Malaysia semalam.



Mengulas proses pengampunan, Encik Hasif berkata, menjelaskan ia menelan masa kerana memerlukan cukup rekod untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.



"Belum pernah ada pengampunan (diraja) segera. (Datuk Seri) Anwar Ibrahim pun melalui hukuman penjara beberapa lama dulu dan disusuli dengan pengampunan.



"Mengikut kelaziman, pengampunan perlu ada cukup rekod mahkamah, ada alasan penghakiman dan ada cukup rekod untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.



Seorang lagi peguam, Encik Fahmi Abd Moin, berkata Najib masih berpeluang mengemukakan semakan terhadap keputusan panel hakim berkenaan.



Mantan timbalan pendakwa raya itu berkata peguamnya boleh membuat permohonan itu di hadapan panel lain mengikut Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.



Peraturan itu menyebut tiada apa-apa dalam peruntukan berkenaan dianggap mengehadkan atau menjejaskan kuasa budi bicara mahkamah untuk mendengar sebarang permohonan atau membuat sebarang perintah yang mungkin perlu bagi mengelak ketidakadilan atau mengelak penyalahgunaan proses mahkamah.



Pakar perundangan, Datuk Salehuddin Saidin, berkata, apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman, ia merupakan keputusan mahkamah tertinggi yang tidak boleh lagi dirayu.



"Bagaimanapun, sebenarnya kita ada satu peruntukan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 42 yang memperuntukkan seseorang yang telah disabitkan dan menjalani hukuman boleh membuat permohonan sama ada beliau ataupun warisnya kepada sultan atau Seri Paduka Baginda.



"Apabila dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bermakna permohonan atau petisyen untuk mendapatkan permohonan boleh dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda.



"Seri Paduka Baginda boleh memberi pengampunan atau melegakan hukuman seperti mana yang telah dikenakan terhadap beliau," katanya ketika ditemu bual menerusi Buletin Khas Awani, Astro Awani kelmarin.



Datuk Salehuddin menjelaskan, sekiranya Najib diberi pengampunan sepenuhnya, ini bermakna beliau tidak perlu lagi menjalani hukuman.



Bagaimanapun, ujarnya, dalam masa sama terdapat juga keadaan di mana pengampunan diberikan untuk mengurangkan tempoh penjara atau mengurangkan hukuman yang telah dikenakan.



"Jadi ini bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh jemaah pengampunan yang mana keputusan mutlak datangnya daripada Seri Paduka Baginda," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >