Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Najib rayu kes kepada PBB minta dibebas, dibicara semula

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Encik Najib Tun Razak semalam memfail petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) bagi meminta dibebaskan atau dibicarakan semula.



Ia susulan hasil pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ($64.06 juta ) terhadap bekas Perdana Menteri itu, sekali gus didakwa mempunyai kecacatan serius dan melanggar undang-undang antarabangsa.



Peguam mewakili Encik Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata anak guamnya memohon panel UNWGAD membabitkan lima pakar keadilan antarabangsa memutuskan bahawa penolakan rayuannya pada 23 Ogos lalu adalah tidak adil, melanggar hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Mahkamah Persekutuan juga didakwa gagal memberi peluang munasabah dan masa yang mencukupi kepada pasukan pembelaan Encik Najib untuk berhujah mengenai kesnya.



"Mahkamah itu tidak membenarkan pembelaan untuk berhujah dalam rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun.



"Pada dasarnya, Najib dihantar ke penjara tanpa diberi peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan.



"Beberapa hari terakhir untuk rayuan pada Ogos lalu membawa kepada 'keadilan tergesa-gesa' apabila peguam baru dilantik (Datuk Mohd Zaid Ibrahim) tidak diberi masa yang jelas untuk membaca berpuluh ribu muka dokumen rayuan atau untuk melihat 94 alasan rayuan difailkan peguam sebelum ini.



"UNWGAD yang akan meneliti rayuan itu membabitkan lima hakim hak asasi manusia yang terkenal.



"Mereka tidak akan dipanggil untuk memutuskan sama ada Najib bersalah atau tidak tetapi untuk menentukan sama ada perbicaraannya adil.



"Jika tidak adil, Najib boleh meminta kerajaan membebaskannya atau memberi perbicaraan semula.



"Walaupun keputusan ini tidak menjejaskan secara langsung, ia amat memberi impak kerana Malaysia mempunyai ahli perundangan yang terkenal dan kini menjadi ahli kumpulan kerja terbabit," kata Tan Sri Muhammad Shafee pada sidang media fdi pejabatnya semalam.



Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Encik Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.



Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Encik Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >