Najib Razak tidak tolak kemungkinan kembali tanding dalam pilihan raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib Razak tidak tolak kemungkinan kembali tanding dalam pilihan raya

Sep 19, 2021 | 4:53 PM

Najib Razak tidak tolak kemungkinan kembali tanding dalam pilihan raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Datuk Seri Najib Razak diwawancara Reuters di Kuala Lumpur pada 18 September 2021.
Datuk Seri Najib Razak diwawancara Reuters di Kuala Lumpur pada 18 September 2021. - - Foto REUTERS

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tidak menolak kemungkinan akan kembali bertanding di pilihan raya dalam dua tahun akan datang.

Ini sedang Umno, parti yang dianggotai Datuk Seri Najib, kembali menerajui kerajaan bulan lalu setelah ia digulingkan tiga tahun lalu.

Datuk Seri Najib, yang menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun hingga 2018, telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah tahun lalu, dan dihukum penjara 12 tahun berkenaan penyalahgunaan dana 1MDB.

Beliau menafikan salah laku dan telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau masih seorang anggota Parlimen tetapi perlembagaan menegahnya daripada bertanding dalam pilihan raya kecuali mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Namun, Datuk Seri Najib mencabar status ketidaklayakan itu, dan berkata: "Ini tertakluk kepada interpretasi."

"Ia bergantung pada interpretasi dari segi undang-undang, Perlembagaan dan apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah," katanya dalam satu wawancara dengan Reuters.

Ditanya jika beliau akan menyertai pilihan raya yang dijadual perlu diadakan menjelang 2023, beliau berkata: "Mana-mana ahli politik yang ingin memainkan peranan tentu mahu kerusi di Parlimen."

Dalam wawancara itu, Datuk Seri Najib juga berkata beliau telah membincangkan dengan Perdana Menteri Ismail Sabri mengenai kemungkinan diberi jawatan dalam kerajaan. Dilaporkan sebelum ini bahawa Datuk Seri Najib mungkin dijadikan penasihat ekonomi.

Namun, beliau tidak menyatakan adakah beliau akan menerima jawatan itu, dan berkata keutamaannya adalah untuk membersihkan namanya. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg