Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Najib, Rosmah dijangka dapat semula barang mewah yang disita

Nov 15, 2022 | 4:12 PM
Bekas perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak (kiri), dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor,
Bekas perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak (kiri), dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, - AFP

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka mendapatkan semula barangan mewah bernilai AS$17.4 juta ($23.8 juta) yang dirampas pihak berkuasa, selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa harta itu tidak ada kaitan dengan skandal rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin, menolak permohonan pendakwa raya untuk merampas 2,000 barangan mewah bernilai sekitar RM80 juta ($23.8 juta) kerana tiada bukti yang barangan tersebut diperolehi dengan menggunakan dana 1MDB. Encik Najib tersingkir dalam pilihan raya umum 2018 gara-gara kemarahan rakyat terhadap penglibatannya dalam skandal berbilion dolar dana 1MDB. Dia kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah dalam perbicaraan ke atas kes itu. Ekoran kekalahannya dalam pilihan raya tersebut, polis telah merampas wang tunai dan barangan mewah termasuk tas tangan, jam tangan dan perhiasan bernilai hampir AS$300 juta dalam serbuan di beberapa tempat yang ada kaitannya dengan Encik Najib. Bekas perdana menteri itu, yang telah berulang kali menafikan melakukan kesalahan, mendakwa barangan tersebut adalah berupa hadiah kepadanya. Barangan yang dirampas itu akan dikembalikan kepada keluarga Encik Najib, kata peguam belanya, Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah kepada wartawan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg