Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Najib tidak terima pendapatan lain

Mar 15, 2016 | 03:55 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menerima sebarang pendapatan lain daripada mana-mana syarikat.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan Datuk Seri Najib juga tidak menerima sebarang faedah dalam bentuk kad kredit korporat.

JPM menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) yang ingin tahu sama ada perdana menteri mempunyai pendapatan lain atau menikmati sebarang faedah dalam bentuk kad kredit korporat.

Mengenai perbelanjaan protokol perdana menteri bagi lawatan rasmi pada 2015 dan 2016, JPM memaklumkan bahawa semua perbelanjaan protokol Datuk Seri Najib bagi tujuan tersebut telah mengambil kira pelbagai langkah perbelanjaan berhemah kerajaan.

"Perbelanjaan protokol dilakukan ke atas perkara yang benar-benar perlu sahaja tanpa menjejaskan objektif utama lawatan rasmi tersebut," menurut JPM dalam jawapan itu.

JPM berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Encik Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta JPM menyatakan jumlah perbelanjaan protokol perdana menteri memandangkan beliau mengumumkan niat mengurangkan perbelanjaan protokol bagi lawatan rasmi perdana menteri dan anggota Kabinet. - mStar Online

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3