Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Najib, Zahid dan Hishammuddin tidak akan dicabar

Perwakilan akur 3 pemimpin kekalkan jawatan tertinggi parti demi tumpuan pada pilihan raya
Dec 09, 2017 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Tiga jawatan tertinggi dalam Umno tidak akan dipertanding dalam pilihan raya dalamannya yang akan datang, sedang parti pemerintah Malaysia itu berusaha menghentikan perselisihan menjelang pilihan raya umum penting yang harus diadakan menjelang Ogos tahun depan.



Dalam satu resolusi yang diluluskan semasa perhimpunan agung tahunan parti itu semalam, presiden Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pemangku timbalan presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, secara automatik akan menjadi pemimpin paling kanan dalam parti itu dalam penggal berikutnya.



Naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga diberi jawatan naib presiden kanan tanpa bertanding.



"Kami mengambil keputusan... menerima bahawa jawatan presiden kanan harus diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein," kata Datuk Seri Dr Zahid dalam satu sidang akhbar selepas resolusi majlis tertinggi parti itu diluluskan sebulat suara.



Usul asal agar dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertanding dikemukakan oleh Datuk Seri Hishammuddin, yang berkata beliau berasa "lega dan bangga" barisan kepimpinan mendapat restu lebih 2,000 perwakilan yang menghadiri perhimpunan itu.



"Ini akan memastikan tumpuan penuh pada pilihan raya umum," katanya.



Mengulas mengenai pengekalan jawatan naib presiden yang disandangnya, Datuk Seri Hishammuddin menganggap ia sebagai satu amanah.



"Dengan keputusan hari ini, jangan ada pihak melagakan kami. Ini satu bentuk pemahaman dan mendapat restu perwakilan," katanya.



Datuk Seri Dr Zahid muncul di tempat pertama dalam persaingan bagi jawatan naib presiden pada 2013, manakala Datuk Seri Hishammuddin - sepupu Datuk Seri Najib - menang tipis untuk mempertahan salah satu daripada tiga jawatan naib presiden.



Resolusi pada mulanya mencadangkan hanya Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengekalkan kedudukan mereka dalam parti tanpa bertanding.



Tetapi perwakilan yang berucap di perhimpunan agung itu menyeru agar Datuk Seri Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, turut diberikan laluan percuma dalam pemilihan parti, yang seharusnya diadakan menjelang April depan.



Pemilihan Umno pada asalnya harus diadakan menjelang Oktober tahun depan tetapi ditangguhkan untuk parti itu bersiap bagi pilihan raya umum, yang harus dijalankan menjelang Ogos tahun depan tetapi desas-desus terbaru menyatakan ia mungkin berlangsung seawal bulan depan.



Difahamkan bahawa Umno akan menulis kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membenarkan parti itu menangguhkan pemilihan dalamannya supaya ia tidak berlaku serentak dengan pilihan raya umum.



Sumber parti menyatakan perlumbaan untuk jawatan naib presiden mungkin disertai ramai orang.



Walaupun dalam kedudukan kanan dalam parti itu, Datuk Seri Hishammuddin telah jatuh dalam kedudukan itu pada pemilihan lalu, dan para ketua lain yang bercita-cita tinggi berhasrat melangkau beliau.



Tindakan mengekalkan tiga jawatan itu semalam 'memagari' Datuk Seri Najib dan dua timbalan utamanya, di tengah-tengah laporan dan spekulasi bahawa mereka sedang berusaha meningkatkan pengaruh dalam parti, satu perebutan yang mungkin meningkat jika Perdana Menteri itu gagal memenangi mandat besar pada pilihan raya umum.



Dalam ucapan dasarnya kelmarin, Datuk Seri Najib menyatakan pilihan raya akan datang adalah "Bapa Segala Pilihan Raya".



Sebelum ini, Datuk Seri Zahid berkata pakatan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno mahu memenangi semula dua pertiga kerusi Parlimen yang ia kehilangan pada 2008 dan 2013. - The Straits Times, BH Online Malaysia.



"Dengan keputusan hari ini, jangan ada pihak melagakan kami. Ini satu bentuk pemahaman dan mendapat restu perwakilan."
- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >