SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Nak lebih sedap, lebih lama akhirnya merana panjang...

Nak lebih sedap, lebih lama akhirnya merana panjang...

Mar 20, 2017 | 2:07 PM

Nak lebih sedap, lebih lama akhirnya merana panjang...

Cincin galas bebola yang dipotong dari zakar lelaki itu di Hospital Pulau Pinang.
Cincin galas bebola yang dipotong dari zakar lelaki itu di Hospital Pulau Pinang. - GAMBAR THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengalami malam paling menyakitkan dalam hidupnya apabila sebentuk cincin logam galas bebola tersangkut pada zakarnya lebih 12 jam.

Lelaki berusia 20-an tahun itu dipercayai menggunakan alat tersebut untuk menambah keseronokan dan melamakan ketegangan ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada kira-kira 8 malam Sabtu (18 Mac).

Bagaimanapun, ia tersangkut pada zakarnya. Beliau cuba melepaskannya menggunakan minyak dan air sabun tetapi gagal.

Doktor juga tidak dapat melepaskan beliau daripada pengalaman pahit itu dan memanggil bomba, yang datang menyelamatkan beliau.

"Ketika kami tiba di hospital, beliau dalam keadaan separuh sedar," kata komander operasi Balai Bomba Perak Road, Encik Mohd Asrul Naim Abidin.

"Kami menggunakan gerudi yang dikonfigurasikan khas oleh kakitangan saya untuk mengeluarkan alat itu, yang kami percaya adalah bagi pam kolam. Kami mengambil masa hanya 10 minit untuk memotongnya.

"Lelaki itu, yang berada dalam keadaan stabil, begitu lega,"katanya di hospital.

Beliau berkata balai bomba menerima panggilan kecemasan dari hospital pada 10.50 pagi Ahad.

Zakar lelaki itu dilaporkan bengkak dan hitam apabila beliau dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Organ tersebut dikatakan masih "berfungsi" selepas pengalaman pahit itu.

Ketua Balai Bomba Jalan Perak, Encik Yamin Tekor, berkata mereka jarang menerima panggilan untuk melepaskan cincin atau alat lain dari bahagian sulit.

Menurut beliau, mereka mendapat kira-kira tiga hingga empat panggilan setahun daripada orang yang mencari bantuan bagi melepaskan cincin tersangkut pada jari. - The Star/Asia News Network

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg