Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nama mangsa serangan masjid Christchurch dibaca di upacara peringatan New Zealand

Mar 29, 2019 | 2:01 PM
PERINGATAN SERANGAN CHRISTCHURCH: Nama individu yang terkorban dibacakan semasa upacara peringatan negara New Zealand.
PERINGATAN SERANGAN CHRISTCHURCH: Nama individu yang terkorban dibacakan semasa upacara peringatan negara New Zealand. - Foto AFP

CHRISTCHURCH: Ribuan orang berdiri senyap di sebuah taman di Christchurch sedang nama 50 orang yang ditembak mati di dua masjid dibacakan semasa satu upacara peringatan negara pagi tadi (29 Mac).

Wakil pemerintah dari seluruh dunia turut menyertai Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, di upacara itu.

Upacara yang berlangsung di Hagley Park itu juga diadakan dekat Masjid Al Noor, tempat lebih 40 mangsa terbunuh dalam satu serangan pengganas semasa waktu solat Jumaat pada 15 Mac lalu.

"Cabaran kita sekarang menghadapi realiti harian kita dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak kebal daripada rasa benci, ketakutan dan lain-lain.

"Namun kita boleh menjadi sebuah negara yang berjaya menemukan ubatnya," kata Cik Ardern yang menerima pujian daripada seluruh dunia bagi cara beliau menangani tragedi tersebut.

Antara mereka yang hadir termasuk Encik Farid Ahmed, yang kematian isterinya ekoran serangan pengganas itu.

Menurutnya, beliau telah memaafkan pembunuh isterinya dan menggesa orang ramai bekerjasama demi mencapai keamanan. -Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg