Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nasa bakal lancar satelit kaji laut, tasik dan sungai

Dec 15, 2022 | 5:30 AM
LANCAR SATELIT: Nasa bakal melancarkan satelit yang dibawa menaiki roket Space-X bagi melaksanakan tinjauan global pertama ke atas permukaan air bumi. - Foto REUTERS
LANCAR SATELIT: Nasa bakal melancarkan satelit yang dibawa menaiki roket Space-X bagi melaksanakan tinjauan global pertama ke atas permukaan air bumi. - Foto REUTERS -

LOS ANGELES: Satu misi satelit antarabangsa diketuai oleh Nasa, siap untuk dilancarkan dari Selatan California awal pagi ini (Khamis), bagi projek sains muka bumi utama, untuk menjalankan tinjauan menyeluruh tentang lautan, tasik dan sungai di dunia, buat kali pertama.

Dinamakan sebagai SWOT, singkatan bagi Topografi Permukaan Air dan Lautan, radar satelit canggih itu direka untuk membolehkan para saintis melihat satu pemandangan yang luar biasa permukaan air yang menutupi 70 peratus muka bumi ini.

Kemajuan ini akan memberi penemuan baru tentang perkembangan dan akibat perubahan iklim.

Roket Falcon 9 ini, dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat hartawan Elon Musk, SpaceX, siap untuk diluncurkan pagi Khamis dari Pangkalan Angkasa Amerika Syarikat di Vandenberg , kira-kira 275 kilometer di barat daya Los Angeles, dengan membawa peralatan SWOT ke angkasa lepas.

Jika semuanya berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan, satelit sebesar kenderaan SUV itu akan menghasilkan maklumat penyelidikan dalam masa beberapa bulan ini.

Dibangunkan hampir 20 tahun, peralatan SWOT itu mengandungi mikrowav canggih teknologi radar yang menurut para saintis dapat mengumpulkan maklumat ukuran ketinggian permukaan lautan, tasik, kolam air dan sungai secara terperinci.

Data yang disusun dan diperolehi di planet, sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh 21 hari, akan dapat membantu dalam membuat ramalan cuaca dan iklim, serta membantu menguruskan kaedah bekalan air tawar yang terhad, di kawasan yang dilanda kemarau, menurut para penyelidik. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg