Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa berjaya uji ledak kapal angkasa ke arah asteroid bagi 'lindungi' bumi

Sep 28, 2022 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Tersasar daripada sistem suria pada kelajuan hipersonik, kapal angkasa Dart milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) semalam berjaya merempuh asteroid kira-kira 11 juta kilometer dari bumi.

Ini adalah ujian sistem pertahanan planet pertama di dunia, yang direka untuk mencegah kemungkinan berlakunya pertembungan meteorik dengan bumi.

Jurucakap Nasa, Cik Tahira Allen, menyifatkan ujian itu sebagai satu kemenangan dalam pertarungan antara manusia dengan asteroid.

Penghujung penerbangan nekad kapal angkasa itu - percubaan pertama yang dilakukan manusia bagi memintas pergerakan asteroid atau sebarang objek angkasa - telah ditayangkan melalui webcast Nasa di pusat operasi misi angkasa lepas itu di Washington, 10 bulan selepas kapal angkasa Dart itu diluncurkan.

Tayangan secara langsung itu memaparkan pemandangan yang dirakam dari kapal angkasa Dart yang menggunakan kamera berukuran sebesar sebuah mesin vending yang dilengkapi dua tatasusunan solar segi empat, yang menembusi asteroid Dimorphos, yang besarnya seperti sebuah stadium bola sepak.

Kejadian itu berlaku sekitar 7 pagi waktu Singapura.

Sebuah lagi satelit, berukuran alat pemanggang roti, dari kapal angkasa Dart juga turut merakamkan kejadian perlanggaran itu.

Nasa akan cuba menyiarkan rakaman-rakaman tersebut dalam masa beberapa hari lagi.

Beberapa alat teleskop Nasa, termasuk Hubble dan James Webb, turut merakamkan kejadian tersebut.

"Kita telah bergerak ke suatu era baru... suatu zaman yang memungkinkan kita melindungi diri daripada semacam bencana sekiranya berlaku kejatuhan asteroid," kata Cik Lori Glaze, pengarah di Nasa. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >