Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa: Marikh ada air cecair

Sep 29, 2015 | 03:22 PM



WASHINGTON: Air cecair dapat dikesan di planet Marikh, ujar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat.


"Marikh bukan planet kering gersang sebagaimana kita sangka pada masa lalu," kata pengarah sains planet Nasa, Dr Jim Green, dalam satu sidang akhbar pada Isnin (28 Sep).


"Di bawah keadaan tertentu, air cecair telah dijumpai di Marikh."


Para saintis telah lama percaya air pernah mengalir di seluruh planet merah itu dan bertanggungjawab membentuk lembah dan ngarai di planet tersebut.


Perubahan iklim besar kira-kira tiga bilion tahun lalu dipercayai telah mengubah semua itu, kata Dr Green.


Kenderaan perayau yang mencari pada permukaan planet itu antara lain mendapati tanahnya lebih lembap daripada yang dijangka.


Jalur-jalur gelap pada cerun di permukaan Marikh mula diperhatikan kira-kira empat tahun lalu.


Bagaimanapun, saintis tidak mempunyai bukti bahawa jalur-jalur itu - yang terbentuk pada musim bunga, berkembang pada musim panas dan kemudian hilang pada musim luruh - sebenarnya adalah air.


Bagaimanapun, selepas penyelidikan dan analisis teliti, mereka bersedia mengatakan bahawa ialah adalah air. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >