Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nasa rancang hantar perayau sahkan salji di Bulan

Sep 22, 2021 | 5:30 AM
CARI AIR SALJI: Ilustrasi robot perayau Viper yang dirancang dihantar ke bulan oleh Nasa untuk mengesahkan kewujudan air salji di bawah permukaan. - Foto AFP
CARI AIR SALJI: Ilustrasi robot perayau Viper yang dirancang dihantar ke bulan oleh Nasa untuk mengesahkan kewujudan air salji di bawah permukaan. - Foto AFP -

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) kelmarin mengumumkan ia akan mendaratkan sebuah kenderaan pencarian salji di kawasan kutub selatan Bulan yang disebut sebagai Kawah Nobile pada 2023.

Ia berharap robot perayau itu akan mengesahkan kewujudan air salji di bawah permukaan, yang suatu hari diharap dapat diubah menjadi bahan bakar roket untuk misi ke Marikh dan alam semesta lebih jauh.

"Kawah Nobile adalah sebuah kawah yang terjadi disebabkan satu pelanggaran dengan satu jasad cakerawala," kata Cik Lori Glaze, pengarah jabatan sains planet Nasa.

Ia sebuah rantau paling dingin dalam sistem suria, dan sejauh ini diteroka dari jauh sahaja menggunakan pengimbas seperti yang terdapat di Kenderaan Peninjau Pengeliling Bulan dan Pusat Pemerhatian Kawah Bulan dan Satelit Penderia.

"Kenderaan ini akan bergerak dan menghampiri secara dekat tanah Bulan, malah menggerudi beberapa kaki ke bawah," kata Cik Glaze.

Robot perayau itu dipanggil Perayau Penyiasat Penerokaan Tidak Menentu Kutub (Viper). Ia serupa sebuah kereta golf dan kelihatan agak serupa 'droid' yang dilihat dalam filem Star Wars.

Tidak seperti perayau yang digunakan di planet Marikh, Viper boleh digunakan hampir serentak masa sebenar kerana jarak dari Bumi lebih dekat - hanya sekitar 300,000 kilometer atau 1.3 saat cahaya.

Perayau itu juga lebih pantas, mencatat 0.8 kilometer sejam.

Misi ini sebahagian daripada rancangan Artemis, iaitu misi Amerika menghantar manusia ke Bulan.

Misi manusia pertama secara teknikal ditetapkan pada 2024, tetapi dijangka mengambil masa lebih lewat kerana pelbagai aspek masih jauh kebelakangan dan tidak menuruti jadual. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg