Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa rancang pesongkan asteroid dalam ujian 'pertahanan planet'

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mahu merempuh sebuah asteroid menggunakan kapal angkasa yang bergerak 24,000 kilometer sejam dalam satu ujian "pertahanan planet" tahun depan.



Walaupun Bumi tidak menghadapi bahaya segera, rancangan Nasa merempuh Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (Dart) bagi menentukan apakah itu cara berkesan memesongkan laluan asteroid jika ia mengancam Bumi.



Nasa memberi butiran misi itu, yang bernilai AS$330 juta ($446 juta), kepada media kelmarin.



"Walaupun tiada asteroid yang diketahui pada masa ini berada di laluan rempuhan dengan Bumi, kami tahu ada sebilangan besar asteroid dekat kawasan Bumi," kata Dr Lindley Johnson, Pegawai Pertahanan Planet Nasa.



Kapal angkasa Dart dijadual dilancarkan waktu Pasifik pada 23 November dari California. Impak dengan asteroid itu akan berlaku antara 26 September dengan 1 Oktober tahun depan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >