Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa sedia kembali ke bulan

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



HOUSTON: Encik Rick LaBrode telah bekerja di Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) selama 37 tahun dan menganggap usaha Amerika untuk kembali ke bulan adalah detik kemuncak kerjayanya.



Encik LaBrode adalah pengarah penerbangan utama Artemis 1, yang akan berlepas pada akhir bulan ini - kali pertama kapsul yang boleh membawa manusia akan dihantar ke bulan sejak misi Apollo pada 1972.



Pelancaran itu dijangka dilakukan pada 29 Ogos, dengan tarikh sandaran lain pada 2 September dan 5 September, menurut Florida Today.



"Ini lebih menarik daripada apa-apa yang pernah saya sertai," kata Encik LaBrode kepada wartawan di Pusat Kawalan Misi agensi angkasa AS di Houston, Texas kelmarin.



Lelaki berusia 60 tahun itu memberitahu AFP bahawa malam pelancaran itu berkemungkinan menjadi malam yang dinanti-nantikan.



Artemis 1,akan menampilkan letupan pertama roket Sistem Pelancaran Angkasa (SLS) besar-besaran, yang akan menjadi yang paling berkuasa di dunia apabila ia mula beroperasi.



Misi itu sekali gus membuka jalan bagi kru angkasawan sekali lagi menjejakkan kaki ke satelit Bumi.



Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya ketika ini berada pada peringkat akhir ujian untuk menghantar kapsul Orion ke orbit mengelilingi bulan menerusi roket



Sebelum ini Nasa mengumumkan kapsul Orion berjaya digabungkan atas roket setinggi 98 meter itu.



Menurut Nasa, misi Artemis 1 akan membuka jalan untuk ujian penerbangan dengan kru pada masa depan sebelum misi yang lebih kompleks dengan angkasawan di sekitar bulan.



Agensi tersebut telah menjalankan siri ujian termasuk sistem komunikasi dan latihan pakaian beberapa minggu sebelum misi pelancaran.



"Artemis 1 akan menjadi asas penerokaan ruang angkasa serta menunjukkan komitmen dan kemampuan kita untuk memperluas kewujudan manusia ke bulan sebelum penerbangan pertama bersama kru di Artemis 2," jelas agensi itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >