Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nasa terbit video pendaratan 'Perseverance' di Marikh

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



CAPE CANAVERAL (Florida): Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat telah mengeluarkan sebuah video berkualiti tinggi pertama pendaratan sebuah kapal angkasa di planet Marikh kelmarin.



Sebuah video pendek tiga minit menunjukkan sebuah payung terjun berwarna jingga dan putih terbuka dan mendarat di permukaan berpasir di planet itu.



Kenderaan robotik Perseverance mendarat pada Khamis lalu berdekatan sebatang delta sungai kuno di Kawah Jezero untuk memulakan misi pencarian kehidupan mikroskopik.



Pasukan di Makmal Jet Propulsion yang berpangkalan di Pasadena, California berkongsi video tersebut di satu sidang akhbar kelmarin.



Enam kamera dikhaskan untuk merakam kemasukan, pelepasan dan pendaratan, dan juga untuk merakam dari sudut berbeza. Kesemua kamera kecuali satu berfungsi.



Sebuah mikrofon yang dihidupkan untuk pendaratan tidak berfungsi, namun Nasa mempunyai sedutan rakaman audio semasa kapal angkasa itu mendarat, dengan bunyi sistem enjin kenderaan itu dan juga tiupan angin.



Ini merupakan kenderaan pertama Nasa yang paling besar dan berkebolehan, dengan beribu gambar yang dirakam.



Kenderaan robotik itu akan mengambil dua tahun untuk meneroka kawasan delta sungai yang kering itu dan menggerudi batu-bata yang mungkin mempunyai bukti kehidupan tiga hingga empat bilion tahun lalu.



Sampel-sampel yang didapatkan akan diasingkan untuk dibawa pulang ke bumi dalam masa sedekad.



Nasa telah menambah 25 kamera kepada misi yang menelan kos AS$3 juta ($3.96 juta) - yang paling mahal bagi ekspedisi ke Marikh.



Kenderaan robotik terdahulu agensi angkasa itu, Curiosity, hanya mampu mengambil beberapa gambar permukaan Marikh yang kurang jelas.



Encik Thomas Zurbuchen, ketua misi sains Nasa, berkata video dan juga pemandangan panorama yang dirakam selepas pendaratan terbaru itu merupakan "yang paling dekat anda boleh rasakan tanpa mengenakan pakaian tekanan yang dikenakan angkasawan".



Foto-foto itu akan membantu mempersiapkan Nasa untuk penerbangan angkasawan ke Marikh dalam beberapa dekad akan datang, menurut jurutera Nasa.



"Saya tahu tahun ini merupakan tahun yang sukar untuk ramai orang, jadi kami berharap gambar-gambar ini dapat menggembirakan mereka," kata Encik Justin Maki, seorang saintis pengimejan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >