YAOUNDÉ: Tentera Cameroon berkata mereka telah membunuh 86 militan Boko Haram dan menahan 1,000 yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan itu, sedang pemimpin Afrika Tengah mengadakan perbincangan tentang bagaimana memerangi pemberontakan berdarah itu.
Lima askar Cameroon juga terbunuh dalam pertempuran di wilayah Waza dekat sempadan dengan Nigeria itu, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Cameroon, Encik Didier Badjeck.