Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara Arab kecam Israel, gesa henti ganas ke atas orang Palestin

Turkey, Iran seru PBB campur tangan
May 11, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Semua enam negara Arab yang ada hubungan diplomatik dengan Israel - Jordan, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan - mengecam tindakan Israel dan menggesanya menghentikan tindakan ganasnya di Masjid Al-Aqsa.



Amman mendesak Israel menghentikan "serangan tidak berperikemanusiaan" ke atas jemaah di masjid itu, sambil berkata ia akan meningkatkan tekanan antarabangsa.



Jordan, yang mempunyak hak penjagaan ke atas tapak suci penganut Islam dan Kristian di Baitulmakdis, berkata Israel harus menghormati jemaah masjid dan undang-undang antarabangsa berkaitan hak Arab.



Ketegangan di timur Baitulmakdis, yang juga disebut Jerusalem, dengan pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin di sekitar Al-Aqsa, masjid ketiga paling suci umat Islam, dalam Ramadan hampir mencapai kemuncaknya.



Lebih 250 orang mengalami kecederaan - ada hilang daya penglihatan dan cedera teruk di kepala - akibat pertempuran dua hari dengan pasukan keselamatan Israel, menurut pasukan perubatan Palestin.



Ketegangan meningkat sepanjang beberapa minggu terakhir ini apabila Israel melarang penduduk Palestin memasuki beberapa bahagian di Kota Tua sepanjang Ramadan.



Semasa pertempuran dengan rakyat Palestin tidak bersenjata, polis Israel melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata ke arah mereka dekat bandar lama Pintu Gerbang Damsyik dan Sheikh Jarrah.



Ratusan rakyat Palestin cedera - termasuk 37 kanak-kanak yang cedera dan ditangkap, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) kelmarin.



Keganasan berlaku disebabkan tindakan Israel mahu merampas kediaman penduduk Palestin di Sheikh Jarrah di timur Baitulmakdis.



Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, mengecam tindakan ganas Israel dan melabelnya "negara pengganas kejam", sambil meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan penganiayaan terhadap penduduk Palestin.



Iran turut meminta PBB campur tangan sambil mengatakan keganasan itu membuktikan tindakan jenayah rejim Zionis. Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berkata Israel bukan sebuah negara tetapi pangkalan pengganas, sambil dan menekankan bahawa memerangi rejim itu adalah tanggungjawab semua orang.



Mahkamah Pusat Israel di Baitulmakdis awal tahun ini membenarkan satu keputusan menghalau empat keluarga Palestin dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah, sekali gus memberi kelebihan kepada keluarga pendatang Israel berhaluan kanan untuk menduduki tanah itu.



Keputusan Mahkamah Tinggi Israel yang seharusnya didengar semalam ditangguh. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >