Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara Eropah berbalah dek bekalan vaksin Covid-19

Jan 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pertengkaran Eropah untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 menjadi hangat apabila Britain menuntut untuk menerima bekalan yang telah dibayar selepas Kesatuan Eropah (EU) meminta AstraZeneca mengalihkan bekalan dari Britain.



Kesatuan itu, yang berada jauh di belakang Israel, Amerika Syarikat dan Britain dalam pelaksanaan vaksinasi, kini berebut mendapatkan bekalan sedang syarikat-syarikat pembuat vaksin terbesar di Barat terpaksa melewatkan penghantaran ke blok itu disebabkan masalah pengeluaran.



Usaha inokulasi EU terjejas oleh pengumuman dari AstraZeneca bahawa ia hanya dapat mengirimkan seperempat dos yang dijanjikannya dalam suku pertama tahun ini.



Sedang pusat-pusat vaksinasi di beberapa daerah di Jerman dan Perancis membatalkan atau melambatkan janji temu untuk proses vaksinasi, EU menegur syarikat perubatan AstraZeneca secara terbuka kerana gagal membuat penghantaran, walaupun vaksin itu belum diluluskan oleh blok tersebut.



Membalas tuduhan itu, ketua Pegawai Eksekutif AstraZeneca Encik Pascal Soriot berkata pihak EU lambat memeterai kontrak untuk mendapatkan bekalan, maka syarikat itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan masalah pengeluaran di kilang vaksin yang dijalankan oleh rakan kongsi di Belgium.



Britain pula, yang berulang-kali menyebut tentang kedudukan mereka di dalam perlumbaan perlaksanaan vaksin sejak meninggalkan EU pada 1 Januari, berkata penghantaran mesti ditepati.



"Saya fikir kami harus memastikan bekalan vaksin yang telah dibeli dan dibuat bayaran, untuk mereka di Britain, mesti dihantar," Menteri di Pejabat Kabinet Encik Michael Gove memberitahu Radio LBC.



Ditanya jika kerajaan Britain akan menghalang AstraZeneca dari mengalihkan bekalan vaksin penting dari Britain ke EU, Encik Gove berkata perkara yang mustahak ialah Britain mendapatkan tempahan yang dibuatnya diterima seperti yang telah dijanjikan.



Perlaksanaan pantas vaksin secara besar-besaran dalam sejarah telah menimbulkan ketegangan di seluruh dunia sedang kuasa-kuasa besar membeli bekalan vaksin dalam jumlah yang banyak dan negara-negara miskin pula sedang berusaha untuk mendapatkan apa sahaja bekalan yang masih ada.



Pihak EU telah gagal mencapai persetujuan dalam perundingan dengan AstraZeneca kelmarin dan menuntut syarikat itu untuk memberi penjelasan bagaimana ia akan membekalkan blok itu dengan dos-dos vaksin yang dikhaskan dari kilang-kilang di Eropah dan Britain.



Ketegangan telah meningkat di sebalik masalah bekalan dari satu lagi pembekal terbesar dari Barat - Pfizer - yang mengumumkan penangguhan dalam membuat penghantaran.



Perdana Menteri Britain Encik Boris Johnson berkata ia amat mengecewakan jika Britain tidak mengatur rancangan untuk program vaksinasinya sendiri.



Menteri Kesihatan Jerman pula berkata beliau menjangka kekurangan vaksin coronavirus akan berterusan sehingga April, sedang pemerintah negara itu menghadapi kritikan baru mengenai kepantasan program vaksinnya.



Bild, akhbar paling laris di Jerman menyifatkan masalah dalam mendapatkan bekalan vaksin ini sebagai satu "skandal".



Menambah ketegangan ialah keputusan suruhanjaya vaksin Jerman kelmarin yang tidak mengesyorkan vaksin AstraZeneca untuk digunakan ke atas warga berusia lebih 65 tahun.



Ini kerana suruhanjaya itu berpendapat tidak ada cukup data untuk menilai keberkesanannya.



Namun AstraZeneca dan Perdana Menteri Britain segera mempertahankan vaksin tersebut, yang telah banyak digunakan di Britain ke atas warga tua.



Sementara Agensi Ubat-ubatan Eropah semalam dijangka mengumumkan sama ada akan meluluskan penggunaan AstraZeneca.



Penguasa itu telah meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >