Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Negara Islam kecam tindakan bakar Quran di Sweden

Jan 23, 2023 | 3:31 PM
Orang awam berjalan lalu pegawai polis rusuhan Turkey yang sedang mengawal semasa satu bantahan di luar Konsult Jeneral Sweden di Istanbul pada Sabtu (22 Jan). Para penunjuk perasaan berhimpun selepas ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan dibenarkan membakar senaskhah Quran di depan kedutaan Turkey di Stockholm pada 21 Januari.
Orang awam berjalan lalu pegawai polis rusuhan Turkey yang sedang mengawal semasa satu bantahan di luar Konsult Jeneral Sweden di Istanbul pada Sabtu (22 Jan). Para penunjuk perasaan berhimpun selepas ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan dibenarkan membakar senaskhah Quran di depan kedutaan Turkey di Stockholm pada 21 Januari. - EPA-EFFE

Negara-negara Arab dan seluruh dunia Islam terus mengecam tindakan pelampau sayap-kanan Sweden-Denmark, membakar Al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) , Arab Saudi, Mesir, Qatar, Pakitan, Afghanistan, Azerbaijan , Turkey, Malaysia, Kuwait, Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Bangladesh serta Jordan adalah antara pertubuhan dan negara yang mengecam tindakan pihak berkuasa Sweden kerana membenarkan ahli politik sayap kanan itu membakar al-Quran.

Negara-negara itu turut mengecam sekeras-kerasnya kebenaran Sweden membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkey di Stockholm.

Encik Rasmus Paludan, ketua Parti Stram Kurs, kini di bawah perlindungan polis mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, Sabtu lalu.

OIC mengecam pembakaran al-Quran sebagai tindakan provokatif yang "mensasarkan umat Islam, menghina nilai-nilai suci mereka, dan menjadi contoh membimbangkan mengenai Islamophobia" dan meminta Sweden supaya menghukum mereka di sebalik jenayah kebencian.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Luar Arab Saudi menekankan pendirian tegas kerajaan yang menyeru terhadap kepentingan menyebarkan dialog, toleransi dan kewujudan bersama dan menolak kebencian serta ekstremisme.

Kementerian Luar Mesir pula mengecam pembakaran al-Quran sebagai "perbuatan yang memalukan."

"Amalan ekstremis ini tidak konsisten dengan nilai menghormati orang lain, kebebasan kepercayaan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi manusia," tambah Mesir.

Kementerian luar Qatar dalam satu kenyataan berkata kejadian kejam ini adalah satu tindakan menghasut dan provokasi serius terhadap perasaan lebih dua bilion umat Islam di dunia.

UAE juga mengutuk insiden itu dan mengulangi "penolakannya terhadap semua amalan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan yang bertentangan dengan nilai dan prinsip manusia dan moral."

UAE memperbaharui gesaannya untuk meninggalkan ucapan kebencian dan keganasan dan menekankan keperluan untuk menghormati simbol agama dan mengelakkan hasutan kebencian dengan menghina agama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg