Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara miskin hadapi tekanan kenaikan kos lunas hutang

Laporan: Negara rentan bencana turut hadapi masalah tingkat keupayaan tangani perubahan iklim
Sep 24, 2022 | 05:50 AM



LONDON: Beberapa negara yang terdedah kepada bencana akibat perubahan iklim, dikenali sebagai V20, kini menghadapi masalah genting untuk membayar semula hutang mereka dalam masa dua tahun ini, menggugat keupayaan untuk menangani masalah iklim ini dan mempertahankan ekonomi mereka, menurut laporan dapatan kajian.



Negara kumpulan V20 itu - sebuah kumpulan ekonomi terdiri daripada 55 anggota yang terdedah kepada masalah perubahan iklim - menjangka jumlah bayaran semula hutang meningkat kepada AS$69 bilion ($97.9 bilion) menjelang 2024 - paras tertinggi dalam dekad ini, menurut kiraan V20 dan Pusat Pengembangan Dasar Global Universiti Boston.



Bayaran semula hutang pada 2022 berjumlah AS$61.5 bilion dan akan mencecah jumlah lebih tinggi pada tahun depan, kata penulis laporan itu.



Pasaran baru dan negara-negara sedang membangun (EMD) sedang berhadapan kesulitan dengan pandemik Covid-19, peperangan di Ukraine, krisis iklim dan kenaikan kadar faedah pinjaman di ekonomi-ekonomi maju, tulis Encik Luma Ramos dalam laporan yang diterbitkan itu.



Beberapa skim bantuan hutang bagi negara-negara termiskin di dunia telah dilancarkan, setelah pandemik menggoncang pasaran kewangan global dan menjejas ekonomi di serata dunia.



Bagaimanapun, hasil daripada skim tersebut agak perlahan dan beberapa daripada skim itu seperti Inisiatif Penangguhan Bayaran Hutang (DSSI) sudah pun tamat tempohnya.



"Tanpa bantuan hutang dan lain-lain langkah keringanan seperti geran, negara-negara V20 akan menangguhkan keupayaan mereka untuk meraih faedah daripada pelaburan iklim, seperti memperbaiki keupayaan dan memajukan usaha menjana kuasa yang boleh diguna semula," ujar laporan itu.



Lebih merumitkan lagi adalah perubahan struktur kreditor bagi hutang luar negara sejumlah AS$686.3 bilion yang dipinjam oleh negara-negara V20.



Kreditor swasta kini merupakan kumpulan terbesar memegang lebih satu pertiga daripada jumlah pinjaman, sementara Bank Dunia dan lain-lain institusi berbilang negara memegang satu perlima, menurut dapatan yang dilaporkan.



Negara-negara V20 berhutang sejumlah 7 peratus dari China, sementara 13 peratus lagi dari negara-negara kreditor kaya dalam Kelab Paris.



Laporan itu juga menggesa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) supaya memperbaiki Analisis Kelanjutan Hutang dengan mengambil kira risiko iklim yang dihadapi oleh negara-negara yang terdedah kepada bendana itu.



"Memandangkan kesan perubahan iklim ini menyebabkan kenaikan kos modal bagi negara-negara yang terjejas, ia mempunyai kaitan rapat dengan perubahan iklim dan oleh itu perlu ditangani usaha melanjutkan pembayaran semula hutang serta memaklumkan negara-negara yang bersangkutan," menurut laporan itu lagi.



Antara negara dalam Kumpulan V20 ini termasuk Barbados, Kemboja, Costa Rica, Habsyah, Honduras, Lebanon, Maghribi, Nepal, Filipina, Rwanda, Senegal, Sudan, Tanzania, Tunisia, Tuvalu dan Vietnam.- Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >