Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negara-negara pulau meterai deklarasi di Bali bagi atasi ancaman iklim

Oct 12, 2023 | 12:11 PM



NUSA DUA: Berpuluh-puluh negara pulau sepakat menandatangani deklarasi untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama dalam memerangi ancaman iklim, termasuk peningkatan paras laut.


Negara-negara kecil yang berisiko terhadap kesan perubahan iklim telah melaungkan isyarat tentang ancaman yang ditimbulkan kepada kewujudan mereka dan mencari penyelesaian mengenai diplomasi iklim dan isu-isu yang mungkin menentukan nasib mereka.

Dua pertiga negara pulau di seluruh dunia dari Saint Lucia ke Vanuatu, Jepun dan United Kingdom menandatangani deklarasi bersama dan mengambil bahagian dalam mesyuarat dua hari Forum Negara Kepulauan yang berlangsung di Bali, Indonesia.

Forum tersebut juga menghimpunkan negara-negara yang berisiko menghadapi cabaran perubahan iklim yang semakin ketara sekarang ini.

Forum itu “bersetuju untuk menegakkan prinsip perpaduan, kesaksamaan dan keterangkuman sebagai asas bersama untuk menjalin kerjasama”, kata Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, dalam sidang akhbar di pulau peranginan tersebut pada Rabu.

“Kesemua negara peserta bersetuju bahawa negara membangun dan negara kepulauan mempunyai hak yang sama untuk dibangunkan dan menjalankan pembangunan”, kata beliau.

Dokumen pengisytiharan itu, yang dilihat agensi berita AFP, menggesa semua negara pulau terlibat supaya mengutamakan “mitigasi perubahan iklim, penyesuaian dan pengurusan bencana” serta perlindungan alam sekitar dan kelautan.


Ia juga menyeru “tadbir urus maritim yang baik” dan “penciptaan pembangunan ekonomi mampan” ekonomi biru – istilah untuk aktiviti di lautan dan pantai di dunia.

Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, berkata para pemimpin telah menugaskan menteri untuk melakar rangka kerja ke arah memformalkan forum 51 anggota itu – yang diwujudkan pada 2018 – sebagai blok berasaskan piagam rasmi.

Di samping negara kecil Pasifik seperti Micronesia dan Kepulauan Marshall, negara-negara maju yang lebih besar termasuk Jepun, New Zealand, Ireland dan United Kingdom, juga tidak terlepas daripada ancaman perubahan iklim.

Panel Antara Pemerintah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim berkata bahawa paras air laut meningkat 15 hingga 25 sentimeter antara tahun 1900 dengan 2018.

Pemanasan 2 darjah Celsius berbanding era praindustri akan meningkatkan paras laut sebanyak 43 sentimeter menjelang tahun 2100.

Rundingan iklim PBB akan diadakan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) akhir tahun ini, beberapa bulan selepas laporan kemajuan rasmi pertama PBB mengenai iklim menyimpulkan bahawa dunia berada dalam bahaya dalam mencapai matlamat untuk mengurangkan pencemaran karbon.

Dr Aisha Al-Sarihi, pakar bidang perubahan iklim dan kini penyelidik di Institut Timur Tengah (MEI), Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata:

“Peningkatan suhu telah disaksikan berlaku di seluruh dunia, tetapi Timur Tengah mengalami pemanasan pada kadar lebih cepat. Julai lalu telah diiktiraf sebagai antara bulan terpanas di bumi. Negara-negara di rantau Teluk seperti Iran terpaksa melaksanakan cuti dua hari kerana suhu panas yang melampau”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >