Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Negeri di Australia longgarkan sekatan Covid-19

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



SYDNEY: Negeri New South Wales (NSW) di Australia akan melonggarkan langkah penjarakan sosial dan tidak lagi memerlukan syarikat membenarkan pekerja bekerja dari rumah, selepas catatan tiga minggu menunjukkan tidak ada jangkitan tempatan Covid-19, ujar Ketua Menteri wilayah itu, Cik Gladys Berejiklian, kelmarin.



Ini berlainan daripada langkah tegas yang diambil di banyak tempat di serata dunia demi membendung penularan virus itu, sedang negeri dan wilayah di Australia mula membuat pelonggaran.



Langkah itu membantu memacu ekonomi yang mendap menjelang sambutan Krismas.



NSW, negeri paling ramai penduduk di Australia, akan membenarkan restoran, pub dan kafe meningkatkan jumlah pelanggan mulai 1 Disember.



Dalam usaha menghidupkan semula kawasan perniagaan di ibu negeri NSW, Sydney, negeri itu tidak lagi membenarkan pekerja bekerja dari rumah mulai 14 Disember, kata Cik Berejiklian



"Ini perlu bagi memastikan kita terus menggerakan ekonomi, memastikan pekerjaan terus wujud, dan orang ramai lebih yakin tentang kehidupan dan pekerjaan mereka pada 2021," katanya kepada wartawan di Sydney.



Cik Berejiklian berkata perubahan itu akan menyaksikan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam, dan negeri itu akan menimbngkan mendenda mereka yang tidak memakai pelitup semasa menaiki bas, kereta api dan feri.



Pengumuman itu dibuat sedang NSW tidak menyaksikan sebarang jangkitan Covid-19 selama 18 hari berturut-turut.



Negeri kedua paling ramai penduduk di Australia, Victoria, juga tidak mencatat sebarang jangkitan Covid-19 dalam masa 24 jam lalu.



Victoria, di mana 90 peratus kematian dalam negara itu adalah berkaitan Covid-19, tidak mencatat sebarang kes dalam masa 25 hari berturut-turut.



Dengan Victoria berjaya membendung gelombang kedua penularan koronavirus, negeri Queensland akan membuka sempadannya dengan Victoria mulai 1 Disember.



Australia melaporkan lebih 27,800 kes Covid-19 dan 907 kematian akibat virus itu sejak pandemik tersebut bermula.



Hanya 100 kes aktif masih berlaku dalam negara itu, dengan kebanyakannya sedang menjalani kuarantin di hotel. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >