Topik diikuti
Pergi ke BHkuNegeri Sembilan dijangka bubar Dewan Undangan Negeri Mei ini
Negeri Sembilan dijangka bubar Dewan Undangan Negeri Mei ini
Negeri Sembilan dijangka bubar Dewan Undangan Negeri Mei ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka dibubarkan pada Mei ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata ia berdasarkan perbincangan secara tidak rasmi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri terbabit berhubung perkara itu sebelum menghadiri perjumpaan Majlis Raja-Raja tempoh hari.
"Pada dasarnya kita setuju bubar pada Mei... itu bermakna PRN dalam Jun atau Julai, kita tak ada masa, tinggal beberapa bulan lagi, jadi kita kena terus bersedia atur langkah bagi memastikan kemenangan kita.
"Lepas pilihan raya pelbagai andaian dan pandangan sama ada kita bersama Barisan Nasional (BN) atau tidak, itu akan diputuskan dalam waktu terdekat.
"Harap ada keputusan segera untuk aturkan strategi bersama BN, kita juga nak berikan hak dari segi peruntukan dan sebagainya," katanya kepada wartawan selepas Konvensyen PKR Negeri Sembilan, malam kelmarin, lapor Berita Harian Malaysia.
Enam negeri yang akan terbabit dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli, berkata sebagai Pengarah Pilihan Raya Nasional beliau akan memastikan parti itu dapat mempertahankan kemenangan Negeri Sembilan pada PRN kali ini.
Beliau berharap kerjasama politik bersama BN dapat diputuskan lebih awal supaya parti dapat membuat persediaan menghadapi pilihan raya nanti.
"Ia akan menjadi satu daripada medan untuk menguji bentuk kerjasama dengan Umno yang saya rasa kalau berjaya dirundingkan dengan baik ia akan menjadi model untuk menguatkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan," katanya.
