Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nelayan Indonesia jumpa mayat salah satu penyelam hilang

Nov 11, 2019 | 05:02 PM



JAKARTA - Nelayan Indonesia pada Isnin (11 November) menjumpai mayat seorang daripada tiga penyelam yang hilang - termasuk seorang warga Singapura - di perairan berdekatan wilayah Lampung di pulau Sumatra.



Jurucakap Agensi Pencarian dan Penyelamat Indoesia (Basarnas), Encik Yusuf Latief berkata nelayan menjumpai mayat tersebut, memakai sut penyelam, bersama perkakas penyelam, sekitar 12.8 kilometer dari pelabuhan Bengkunat di Kabupaten Pesisir Barat, Lampung.



“Disahkan bahawa mayat itu salah seorang penyelam. Mayat itu dibawa dari Lampung ke Jakarta menerusi helikopter Basarnas,” katanya kepada The Straits Times (ST).



Encik Yusuf menambah bahawa kewarganegaraan penyelam itu masih belum diketahui dan akan adakan siasatan lanjut untuk mengenal pasti mayat itu pada petang Isnin di hospital polis Kramatjati di Jakarta Timur.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >