Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

'Neraka' di Donbas sedang Russia fokus serangan: Zelensky

May 21, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Wilayah perindustrian Donbas di Ukraine, yang menjadi tumpuan serangan Russia baru-baru ini, telah musnah, kata Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.



Sejak mengalihkan tumpuan dari ibu negara Ukraine, Russia menggunakan artileri dan perisai untuk cuba menawan lebih banyak wilayah di Donbas, yang terdiri daripada kawasan Donetsk dan Luhansk, yang dituntut Moscow bagi pihak pemisah.



Encik Zelensky juga menuduh tentera Russia cuba membunuh seramai mungkin warga Ukraine dan melakukan kerosakan sebanyak mungkin, mengulangi tuduhannya bahawa Russia sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai.



"Penjajah cuba memberi lebih banyak tekanan. Ia adalah neraka di sana - dan itu bukan satu kenyataan keterlaluan," kata Encik Zelensky dalam satu ucapan kelmarin.



"(Terdapat) serangan berterusan di wilayah Odesa, di bandar di tengah Ukraine. Donbas musnah sepenuhnya," katanya.



Moscow menyifatkan serangannya sebagai "operasi ketenteraan khas" untuk menghapuskan fasis Ukraine, dakwaan yang dianggap Kyiv dan sekutu Baratnya sebagai alasan tidak berasas untuk mencetus perang yang tidak diprovokasi.



Russia telah memperhebatkan operasi serangannya di Donetsk, kata Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine.



Seramai lima orang awam terbunuh di Donetsk kelmarin, menurut gabenor wilayah, Encik Pavlo Kyrylenko.



"Musuh memusnahkan semua infrastruktur awam walaupun di tempat yang agak jauh dari barisan hadapan," katanya kepada televisyen tempatan.



Reuters tidak dapat mengesahkan maklumat dengan segera. Moscow pula menafikan tindakan menyasarkan orang awam.



Minggu lalu, Russia memperoleh kemenangan terbesarnya sejak pencerobohan bermula, dengan Kyiv mengumumkan ia telah mengarahkan tenteranya di Mariupol supaya berundur selepas pengepungan berlarutan di bandar itu.



Tentera Russia, bagaimanapun, telah berundur dari pinggir bandar kedua terbesar Kharkiv.



Ukraine berkata ia telah menawan semula 23 penempatan berhampiran Kharkiv dalam dua minggu lalu.



Hampir tiga bulan setelah pencerobohan itu, Kumpulan Tujuh negara kaya bersetuju memberikan Ukraine AS$18.4 bilion ($25.4 bilion) untuk perbelanjaannya.



Ukraine berkata wang itu akan mempercepatkan kemenangan ke atas Russia, dan sama penting dengan "senjata yang anda sediakan".



Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Dr Janet Yellen, memberitahu wartawan: "Mesejnya ialah 'Kami menyokong Ukraine. Kami akan menggembleng sumber yang mereka perlukan untuk mengharunginya'."



Kelmarin, Perdana Menteri Ukraine, Encik Denys Shmyhal, telah menulis di Twitter bahawa "sokongan rakan kerja akan mempercepatkan kemenangan kami... Walaupun Russia berusaha memusnahkan ekonomi kami, bersama-sama kami akan menang"!



Amerika juga berkata ia telah meluluskan perbelanjaan sebanyak AS$100 juta untuk senjata, peralatan dan bekalan tambahan kepada Ukraine.



Rumah Putih sedang berusaha memberi peluru berpandu antikapal yang canggih kepada pejuang Ukraine untuk membantu mengatasi sekatan tentera laut Russia, kata pegawai. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >