Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu hampir tersingkir; Israel di ambang pembentukan pemerintah baru

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, nampaknya kian hampir disingkir setelah sekumpulan parti pembangkang yang berlainan fahaman mengumumkan bahawa mereka berada di ambang pembentukan pemerintah alternatif.



Proses itu memerlukan beberapa hari lagi sebelum semua butiran perjanjian gabungan baru dihasilkan, dan mungkin seminggu lagi sebelum pemerintah baru dibentuk.



Encik Netanyahu, pemimpin yang telah mendominasi politik Israel selama dua dekad lalu, tampaknya sedang dalam perjalanan keluar, walaupun beliau yang telah menuduh lawannya "melakukan penipuan abad ini" dan menuduh mereka "membahayakan kelangsungan hidup Israel ", jelas mahu terus berjuang.



Israel telah mengadakan empat pilihan raya umum selama dua tahun lalu dan hasil pilihan raya terakhir pada Mac lalu menghasilkan satu lagi keputusan tidak meyakinkan, lapor The Straits Times.



Satu sebab utama adalah sistem pemilihan yang mendorong kepada pemecahan politik dengan memperuntukkan kerusi Parlimen berdasarkan perwakilan yang ketat daripada undi yang diberikan.



Ini merupakan sistem yang Encik Netanyahu, pemimpin parti Likud (sayap kanan-tengah), tahu bagaimana mempergunakannya untuk menawarkan kelompok parti kecil berlandaskan agama kedudukan dalam pemerintahannya sebagai balasan bagi sokongan mereka.



Dan walaupun parti Likud hanya memperoleh 30 kerusi di Knesset, atau Parlimen Israel yang berjumlah 120 kerusi, pada pilihan raya Mac lalu, pada awalnya tampak Encik Netanyahu mampu terus memegang jawatan perdana menteri.



Pergolakan terbaru antara Israel dengan militan Hamas di Jaluran Gaza juga 'memberi manfaat' kepada Encik Netanyahu dengan beliau mendakwa dirinya sebagai satu-satunya ahli politik yang dapat mempertahankan negara itu.



Encik Netanyahu juga mempunyai alasan peribadi untuk memegang kuasa, melampaui cita-cita politik. Ini kerana beliau sedang menghadapi pendakwaan jenayah atas tuduhan rasuah, tuduhan yang ditolaknya dengan tegas.



Oleh itu, beliau dengan senang hati menawarkan hampir apa sahaja kepada rakan sekutu jika beliau tetap menjadi anggota pasukan pemerintah.



Tetapi masalah bagi Encik Netanyahu adalah reputasinya yang selalu menjanjikan jauh lebih banyak daripada apa yang beliau sanggup berikan sehingga telah menjauhkannya daripada kebanyakan pemimpin parti politik lain.



Hasilnya, muncul gabungan baru yang matlamat utamanya adalah untuk menyingkirkan beliau daripada tampuk kekuasaan. Ini telah menghasilkan beberapa gabungan politik yang pelik.



Perdana menteri baru Israel kemungkinannya adalah Encik Naftali Bennett, seorang jutawan berusia 49 tahun yang meraih kekayaannya di sektor teknologi. Beliau pernah bertugas sebagai ketua kakitangan Encik Netanyahu dan pembantu yang dipercayainya.



Encik Bennett, yang berpisah dengan Encik Netanyahu beberapa tahun lalu, membentuk sayap kanan politik Israel, dan mempunyai tujuh kerusi Parlimen.



Tetapi sokongannya amat penting bagi sekumpulan parti politik sayap kiri-tengah yang merangkumi parti Buruh - salah satu parti lama Israel - dan juga parti Yesh Atid (Ada Masa Depan), yang kedua paling banyak kerusi di Parlimen selepas Likud.



Namun Encik Netanyahu dijangka terus berjuang untuk mempertahankan kekuasaannya.



Mereka yang merancang menyingkirkan Encik Netanyahu mesti bergerak pantas dan bersatu.



Langkah seterusnya adalah mereka dijadual memaklumkan kepada Presiden Israel Reuven Rivlin hari ini bahawa mereka dapat membentuk pemerintah baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >