Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu pertahan tindakan ganas di tengah-tengah kritik

May 11, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mempertahankan tindakan ganas pasukan keselamatannya dalam menangani bantahan dan rusuhan di timur Baitulmakdis.



Beliau mengutuk apa yang didakwanya sebagai keganasan yang dilakukan oleh golongan ekstremis dan menolak apa yang disifatkannya sebagai tekanan bagi menghentikan kerja pembinaan petempatan Yahudi di bandar itu.



"Kami tidak akan membenarkan sembarang anasir ekstremis menggugat keamanan di Jerusalem," kata Encik Netanyahu dalam satu mesyuarat khas kabinet pada Hari Jerusalem, bagi memperingati kemenangan Israel ke atas sekutu negara-negara Arab dalam perang 1967, kelmarin.



Israel menggunakan nama Jerusalem bagi Baitulmakdis.



Beliau berkata langkah keras pihak berkuasa Israel bertujuan memastikan undang-undang dipatuhi sambil membenarkan kebebasan beribadah.



"Kami akan mendukung undang-undang dan peraturan sepenuhnya dan secara bertanggungjawab. Kami akan terus mempertahan kebebasan beribadah untuk semua penganut dan kami tidak akan membenarkan gangguan ganas."



Menujukan ucapannya kepada "rakan-rakan baik kita", Encik Netanyahu menambah bahawa "Jerusalem adalah ibu kota Israel dan kami akan terus membinanya di situ."



Bagaimanapun, tindakan Israel, terutama dalam insiden dalam kawasan Masjid Al-Aqsa Jumaat lalu, menerima kritikan pelbagai pihak.



Kelmarin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta Israel mengakhiri pengusiran secara paksa di timur Baitulmakdis yang didudukinya, dengan mengingatkan bahawa tindakan itu boleh dianggap sebagai jenayah perang.



Menyusuli perang Arab-Israel 1948, ratusan ribu penduduk Palestin terpaksa lari meninggalkan tanah air mereka ke beberapa negara jiran selepas kekalahan tentera sekutu Arab, sedang Israel menubuhkan negaranya di atas tanah jajahannya itu. Peristiwa itu dikenali sebagai 'Nakba', atau 'Bencana'.



Pada 1956, Jordan dan PBB membina sebanyak 28 rumah kecil untuk keluarga pelarian Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah. Jumlah ini meningkat kepada 38 keluarga sejak itu, menurut agensi berita Anadolu. Mereka membayar sewa kepada Jordan dan kemudian kepada Israel selepas ia menawan Palestin pada 1967.



Encik Chaim Silberstein, presiden kumpulan penyokong penghijrah 'Keep Jerusalem', yang terlibat dalam usaha mengumpul dana antarabangsa bagi membeli hartanah pada 1998 oleh pertubuhan penyokong penghijrah, Nahalat Shimon, berkata, warga Palestin yang menetap di kejiranan itu adalah penghuni setinggan yang enggan menerima tawaran pampasan untuk keluar dari situ.



"Penduduk Arab ini melihat tindakan mereka itu sebagai satu percubaan mendapatkan semula negara Palestin dan ibu kota di Baitulmakdis Timur. Tetapi ini adalah isu undang-undang yang mereka telah kalah," kata Encik Silberstein.



Penghijrah Israel akan meratakan tanah yang dirampas itu bagi membangunkan 200 unit perumahan berdasarkan undang-undang Israel pada 1970, yang memberi hak kepada bangsa Yahudi untuk menuntut hartanah di timur Baitulmakdis, yang dikatakan dimiliki orang Yahudi sebelum perang Arab-Israel pada 1948.



Namun, dalam satu laporannya semalam, akhbar The Washington Post berkata: "Rakyat Palestin yang hilang tanah mereka tidak mempunyai hak yang sama."



"Undang-undang ini dibuat untuk rakyat Yahudi, bukan untuk kami (rakyat Palestin)," kata Encik Abu Dyya, yang ibu bapanya berhijrah ke kejiranan itu selepas perang pada 1948.



Tanah beliau, berdekatan Hotel Ambassador, akan dirampas hujung bulan ini dan Encik Abu berkata beliau hampir tidak mempunyai bantuan undang-undang.



"Kami akan saksikan keluarga (Palestin) kembali menjadi pelarian," ujarnya.



Seorang lagi warga Palestin yang berdepan tindakan diusir dari kediamannya, Encik Nabil al-Kurd, 77 tahun, berkata: "Kami duduk dalam negara kami, di tanah kami. Kami tidak akan menyerah". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >