Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu tolak permintaan Biden redakan ketegangan

PM Israel tekad pertingkat serangan di Gaza 'bagi kembalikan ketenangan, keamanan' kepada Tel Aviv
May 21, 2021 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, supaya meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza, sebaliknya menegaskan serangan ketenteraan tetap akan diteruskan, lapor Agensi Anadolu semalam.



"Operasi itu akan diteruskan sehingga tujuannya tercapai," menurut kenyataan pejabat Netanyahu.



Malah, katanya, serangan itu akan dipertingkat 'bagi mengembalikan ketenangan dan keamanan' kepada Israel.



Kelmarin, Rumah Putih memaklumkan, Encik Biden berharap PM Israel itu akan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza.



"Presiden memberitahu perkara itu kepada Perdana Menteri (Netanyahu) dan berharap ketegangan dapat diredakan dalam usaha menuju gencatan senjata," kata jurucakap, Cik Karine Jean-Pierre.



Sebelum ini Israel berkata, ia sedang mengkaji sama ada keadaan adalah tepat untuk menghentikan pengeboman ke atas pejuang Palestin di Gaza, namun sedang bersiap untuk 'lebih banyak hari' bagi serangan jika perlu, kata sumber tentera Israel kelmarin.



"Kami sedang melihat bilakah saat yang tepat untuk gencatan senjata," kata sumber itu yang enggan dikenali, ketika desakan diplomatik antarabangsa supaya gencatan senjata dilakukan selepas lebih seminggu pertumpahan darah berlaku di bandar itu.



Malah, seorang pegawai kanan Hamas meramalkan gencatan senjata akan berlaku dalam beberapa hari menyusuli gesaan Encik Biden.



Serangan udara yang membinasakan dan tembakan roket terus meranapkan Gaza pada awal pagi semalam, dalam konflik yang mengorbankan 219 rakyat Palestin dan 12 orang di Israel, demikian menurut pihak berkuasa di kedua-dua belah pihak.



Bagaimanapun, Israel sedang menilai sama ada objektifnya untuk menurunkan kemampuan pemerintah Hamas di Gaza sudah tercapai, kata sumber tentera dan 'sama ada Hamas memahami mesej' yang serangan roket ke arah Israel tidak boleh berulang.



Di Semenanjung Gaza utara, seorang wartawan yang bekerja untuk radio Al-Aqsa yang berkaitan dengan Hamas, terbunuh ketika serangan Israel mengenai kediamannya di utara Gaza City, kata pihak berkuasa, wartawan pertama yang terbunuh dalam siri keganasan ketika ini.



Kementerian Kesihatan Palestin berkata, serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 219 rakyat Palestin termasuk 63 kanak-kanak di Gaza sejak 10 Mei lalu.



Polis Israel berkata, tembakan roket Palestin membunuh 12 rakyat Israel.



Tentera Israel mendakwa, kumpulan bersenjata menembak 50 roket ke selatan Israel semalaman, dengan 10 daripadanya jatuh di dalam Gaza.



Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berakhir tanpa mengeluarkan kenyataan pada lewat Selasa lalu, namun Perancis kemudian memaklumkan ia mengusulkan resolusi yang menuntut gencatan senjata, dengan kerjasama negara jiran Israel, Mesir dan Jordan.



Duta besar Beijing ke PBB Zhang Jun memberitahu wartawan bahawa pasukannya sudah mendengar usul gencatan senjata Perancis dan China 'menyokong'.



Seorang diplomat lain berkata, usul itu bertujuan menamatkan permusuhan dan 'membenarkan akses kemanusiaan'.



Serangan tidak berperikemanusiaan Israel telah mengakibatkan seorang lelaki Palestin yang kurang upaya (OKU) maut bersama isterinya yang sedang mengandung serta anak perempuan berumur tiga tahun apabila kediaman mereka di Gaza dibedil peluru berpandu, semalam.



Tragedi menyayat hati itu menimpa Encik Eyad Saleha, 33 tahun, serta isteri, Cik Amani, 33 tahun, dan anak perempuan mereka, Nagham, ketika mangsa mahu menikmati makan tengah hari.



Serangan itu menyebabkan ruang tamu kediaman mereka berkecai, dengan bahagian basikal kanak-kanak yang musnah dilihat berselerakan.



Tentera Israel hingga kini tidak mengeluarkan kenyataan khusus berhubung serangan di Deir el-Balah itu yang memusnahkan kesemua tiga bilik di unit flat didiami keluarga terbabit. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >